<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7832147\x26blogName\x3dAn+ordinary+life+of+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bayerm.blogspot.com/\x26vt\x3d-8533331464891771839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Prestasi atlit Malaysia

Saturday, August 28, 2004
Olimpik hampir melabuhkan tirai... Prestasi atlit Malaysia amatlah tidak membanggakan terutamanya dalam permainan badminton. Hmm bila la Malaysia boleh dapat pingat emas... Sedangkan negara2 jiran kita sudah dulu mengecapi kejayaan itu. Nak kata kemudahan.. Malaysia mempunyai kemudahan bertaraf dunia.. Jurulatih pulak semuanya diimport dari luar negara.. Mungkin kekuatan mental masih kurang lagi kot...

Malaysia terlalu berharap dan bergantung pada sukan badminton untuk menghadiahkan pingat dalam Olimpik. Di masa-masa akan datang Malaysia perlulah cuba memberikan tumpuan dalam sukan yang lain pula.

Di Athens selain badminton, tae-kwan-do dan lumba basikal juga diberikan harapan. Namum kecundang jua.. Harapan tae-kwan-do untuk meraih gangsa masih ada menerusi Elaine Teo. Tapi pujian harus diberi kepada Josiah Ng kerana menduduki tangga ke 5. Dia telah menunjukkan semangat yang baik dan memberikan saingan yang sengit walaupun menghadapi masalah dengan dua orang jurulatih asingnya itu.. Dia layak ke Athen atas tiket merit dan bukannya wild card.. Poor him.

Kalau korang tengok kebanyakan atlit Malaysia yang cemerlang (kecuali badminton), semuanya mendapat latihan di luar negara. Samada mereka menetap , belajar di sana ataupun merantau ke sana untuk menimba ilmu dalam sukan. Lihat sahaja Josiah Ng, perenang kita dan pemain skuash. Kebanyakannya mendapat latihan di luar.. Sebab itu bolasepak kita kurang menyerlah pasal player kita tak mahu bersusah payah berlatih di luar. Tengok saja prestasi Akmal Rizal selepas balik dari Perancis.. Dan dulu Lim Teong Kim yang berlatih German.. Semuanya menunjukkan peningkatan mendadak..

Kenapa perkara itu tidak boleh dihasilkan di sini dengan kemudahan bertaraf dunia yang ada? Persatuan2 sukan perlu lah membuat post mortem dan yang paling penting kurangkan politik dalam persatuan sukan..

Sama-samalah kita berharap agar prestasi atlit kita meningkat dan dapat memberikan cabaran yang bertaraf dunia.. Negara2 asia yang lain sudah bangkit. Ayuh Malaysia.. Terapkan semangat MALAYSIA BOLEH...

Football...

Friday, August 27, 2004
Currently at Bangi office doing some testing stuff... Quite sleepy and lonely... This early morning, I plan to watch Arsenal match but end up sleeping in front of my TV (can manage to stand untill at the end of 1st half only).. I just wake up and see all the goals (because Pendang is shouting in front of TV) .. hehehe what a good way to watch a footbal match.. Arsenal is superb... Thiery Henry and Reyes play well last morning... It is good because Henry is my capten in fantasy football league (poor salman.. kui!)... Hehe Go Henry Go..

Still about footbal. Tonight my favourite team, Pahang will play against Selangor PKNS at MPPJ Stadium.. For sure i'll catch up that game with Emran (another Pahang's die hard fan). Hope that both teams can show a good quality of football tonight.. It's quite sick nowadays to watch a malaysian football match.. They play like shit.. Slow and not steady.. hehehe But because for the love of the game and to support local football scene, I always end up watching it especially when it involve Pahang or that game is held at MPPJ Stadium (just walking distance from my house. Always watching free when the gate is opened at second half..)...

So I hope that I can enjoy the match tonight... Go Pahang Go... Hehehehe

Cheers!

Raining...

Thursday, August 26, 2004
Tadi masa tengah lunch hujan... Hujan Rahmat di KL.. :) Sib baik kejab jer.. Tapi still basah la jugak masa aku balik ke ofis nie.. Hmm skang rasa sejuk la plak...

Malam tadi Bejek dah balik ke Kelaput.. so meriah la skit pasnie.. Sempat la aku dia and pendang layan game Chelsea vs C Palace pagi tadi... Congrats to Chelsea coz menang 2-0.. Kasi challenge skit sama Arsenal musim nie..

Bila bejek dah balik, dapur kembali aktif le.. Hehehe siap pagi tadi aku bleh bawa bekal cucur ke ofis lagi.. Thanks bro..

Malam ini pertandingan Piala Malaysia akan bermula.. Aku cam biasa la akan sokong pasukan negeri kelahiranku iaitu Pahang Darul Makmur.. Malam esok Pahang akan turun bertemu PKNS Selangor.. Insya Allah akan pergi ke stadium bersama Emran.. Maybe akan ada geng2 dari Pahang atau geng2 tokgajah.com yang akan join sama.. heheh baru meriah skit esok.. Go Pahang Go...

OK la dulu hari nie... Malam kang kalau larat nak berjaga lagi layan EPL... (tu pun kalau mata tahan cam semalam..)

Cheers!

Early..

Tuesday, August 24, 2004
Hmmm ari ni aku orang yang pertama sampai kat ofis... Wow.. what a suprise.. Kalau kat company lama dulu.. kadang-kadang boss aku yang sampai dulu... Tadi siap bleh layan breakfast nasi lemak dulu sambil nak tunggu kul 9.. Keluar rumah dalam kul 7.55.. Pasal ari ni bawak kete g keje.. Sebab banyak barang nak angkut.. Laptop dan juga buku.. Kalau naik moto selalunya 8.30 baru aku keluar.. Ni naik kete.. so letak la 30 minit buffer untuk jem... Walaupun jalan takde la smooth sangat.. Ada gak sangkut2.. Tapi by 8.35 dah sampai area KL.. So bleh la lepak sorang2 (damn) layan breakfast..

What i gonna do today? Ntahla.. kekeke.. probably nak membaca skit.. Pasal tu la bawak buku yang amat tebal tu ke ofis.. 2 beg aku gendong tadi.. siut jer... Kalau ikutkan hati aku memang la malas nak usung laptop tu.. Tapi aritu boss dah sound aku dah tanya ngapa tak bawak ... Berat la dol!!! ... Hehe.. So ari ni terpaksa la angkut jugak.. Esok jangan harap la aku nak bawak.. kira skali skala je bleh la bawak.. lain la kalau aku g ke client... kena la bawak jugak pasal nak guna kan.. Ni kat ofis aku dah ada PC.. Malas la aku nak bawak.. Dah la aku bukan stakat ada 1 PC.. 2 PC skali boss aku kasi.. Yang satu tu kononnya utk aku guna sbg server la utk projek baby aku tu.. Hehe.. Budak2 ni dah angkat jumper PC tu.. (Aku selalu takde kat ofis) so dah takleh nak ON dah PC tu... :)

Ok la.. Back to work!...

Chao!

Broke...

Monday, August 23, 2004
This month aku boleh dikatakan broke giler dari segi kewangan and also everything... A lot of things happens to me.. Macam kebetulan pulak semua nak happens serentak... Mula-mula my sport rim and 2 of my tyres koyak.. Lepas tu my tiny TV pulak yang burn... then Moto problem.. CBB plak dah nak kena ganti timing belt.. (prob next service baru nak buat..) To add into this, next month CBB nya roadtax and insurance is due.. followed by my bike the next month.. Muahahaha....

Last saturday, managed to 'overhaul' my beloved bike CAA.. (thanks to tajul coz advanced me some cash..) dah teruk sangat dah... kelajuan dia lebih kurang beskal jer.. so i have no choice to overhaul je enjin dia... hehehe...

That day jugak.. geng2 from Serdang mai singgah kelaput... Ajib, Hasrul, Jay and Burut mai kononnya nak bermandi manda la di kelaput.. Gigih tu Hasrul n Ajib beli short kat Giants.. Ok gak la dah lama tak ada guest datang melepak di kelaput.. That night after diaorg blah.. Went to a "secret mission" with cikli and mizwan.. Hehehehe.. Anyways thanks to Cikli coz buying us Satay Burger and Snack Plate at KFC after the show.. :)

Berbalik kepada tajuk asal.. Camne la ekk nak menguruskan kewangan untuk diri sendiri.. Nak cakap enjoy, rasanya bulan ni kira yang paling kurang.. maybe bcoz of my car and bike.. all of my CC dah nak limit.. Hope that can manage back my finance.. At least 2 or 3 month ni kena kurangkan skit entertainment... Slow down on CD, VCD and DVD.. Eat at home regularly.. Reduce hanphone bill... hehehehe.. Then try to reduce my CC bill (by pay more money...)

Hope can make it...

p/s: Thanks azam for ur support!! Balik nnt opTab yer...

Cheers!

@Office

Friday, August 20, 2004
Currently at my own office in KL. Just finished writing a report to my boss. Waiting for Friday prayer.. Perut pun dah mula berkeroncong.. Friday, biasalah.. holiday mood.. Nothing to do actually. Just do my own reasearch and reading. Spoke to my boss about Microsoft Tech Ed that will be held on this September. Hope that my company can send me. I think I can get a knowledge and information regarding what i'm doing now. But as usual I dont really put a lot of hope... Bcoz it is not a free seminar.. Hehehe when it involve money, u can expect the end result.

Hopefully by this weekend, i can catch up my skill in SharePoint. Plan to read and play as much as i can during these two days. By next week my boss expect me to come out with a sample or prototype of a portal which i dun think that i can do .. Hehehe there's a lot and millions of things that i still not sure yet.. How to manage it? I also don't know. I guess thru a lot of work and involve a lot of patience. Pray for me okay.. Hope this weekend session can give me some of idea on how to overcome my problem. Always hope huh! hehehe

Ok la wanna continue my YM session... See ya on monday...

Cheers!!

Reason to luv ur Credit Card..

Thursday, August 19, 2004
Out of work topic today...

Nak cite pasal credit card.. Ramai antara kita yang guna CC kan.. so read this..

*Actually ada 10 reason yg diberikan oleh penulis asal : Scott Bilker

aku just petik sebahagian saja...

REASON TO LOVE YOUR CREDIT CARD

1. Access to money

Guna CC akan menjimatkan wang anda.. Pasal kebanyakan bank ada offer diskaun jika kita membelinya thru credit card.. Cthnya Planet Hollywood pernah offer sampai 40% jika bayar guna clear card citibank

2. Protection from merchants

Jika merchant tak kasi kita refund.. kita bleh contact pihak bank dandan mintak dia dispute the charge.. Then bank akan decide.. Jika merchant tak puas hati dia akan bawa perkara ni ke court.. Instead of jika bayar CASH.. jika berlaku kes camnie, kita yg kena sendri bawa kes ni ke court.. :)

3. Other perks and cash back rewards

Kebanyakan bank menawarkan cash reward program di samping mata bonus.. Cthnya aku terdengar iklan HSBC Credit card yg menawarkan hadiah jika berbelanja dengan kadar yg di tetapkan menerusi CC nya.. (Cash-back-bonus atau Reward)

4. Warranty protection

Jika kita beli barang thru CC (esp barang elektrik), ada sesetangah bank yg extend kita punya warranty.. Cthnya.. jika waranty asal 1 tahun, kita dapat 2 tahun..

5. Money in an emergency

Yang ni tak yah la aku cite panjang.. Selalunya CC menyelamatkan kita di waktu kecemasan.. Cthnya kete rosak di waktu tengah bulan masa tengah pokai... Zrasss slalu..

6. No chance of losing cash

Instead of bawak cash yg banyak.. jika hilang wallet skalipun.. kita tak akan kehilangan wang yang banyak.. Just call ur bank and cancel ur CC.. Then nnt dia akan kasi kita kad yg baru.

7. Customer service 24/7

Kebanyakan bank yg offer CC.. menawarkan perkhidmatan 24 jam setiap hari... bak slogan Citibank.. " Bank that never sleep ". So senang la kalau nak call or wat transaction.. *Even internet banking, sms banking dan phone banking dalam sesetangah bank tak 24 hours.. :)


Ok that's all for today... Back to work..



Bored & Tension

Wednesday, August 18, 2004
Nothing much to write today...

Currently rasa tension sangat dengan kerja.. Rasa macam dah tak boleh nak cope.. Pressure yang amat.. Still blur about think that i should know.. Kadang2 aku rasa macam aku tak buat apa2 kat client side nie.. So sad.. Padahal skang, balik je umah memang aku akan allocatekan masa utk study this new thing.. Tapi still rasa cam tak tau apa2.. Blur! Why? Aku pun tak tau... Kalau la aku ni banyak duit.. Dah lama aku resign .. Hehe..

My boss nya expectation sungguh tinggi.. Dia siap suh aku siapkan prototype utk my company.. Nak wat prototype camne.. Benda basic ni pun aku masih terkial2.. Sib baik la staff kat sini (another company) faham skit ngan situation aku.. Dia lah yg guide aku skit.. Where to start.. and what to do first.. Anyways it's long long way for me to go.. :(

My target is to master the out of box features first before start playing with customization and programming. Probably i'll try to catch up C#. Hope that i can manage to do this ASAP!..

Skang ni tgh duk sorang2 kat ofis nie.. Semua org kuar lunch.. Feel very lonely and boring... Arghhhhh have to go...

Cheers!!!

Malas & Sukan

Tuesday, August 17, 2004
Kenapa kita selalu malas nak kerja ekk? Heran jugak aku... Ari ni aku masuk keje lepas lunch.. Rasa penat dan letih nak masuk pagi.. Lagipun aku rasa kurang sihat lately nie.. suppose aku kena MC tapi memandangkan banyak kerja yang perlu aku catch up aku gagahkan jua ke ofis walaupun half day jer.. Tapi tak bermaksud aku lepak2 je kat umah.. Pagi tadi sempat la jugak aku membaca dan menelaah di rumah pasal kerja aku.. Rasa lebih masuk kalau baca di rumah.. Iya la.. tiada gangguan.. senyap jer.. memang best la kalau nak membaca... Ishh aku nak propose la kat boss aku spy aku leh keja secarta virtual je la.. hehehe (* hagham.. nnt asyik layan DVD)

Tgh hari tadi layan en sgarul dan ajib lunch kat area masjid uniten.. Makan tak ingat nya.. maklum la pagi tadi tak makan breakfast.. Tadi sib baik baca blog mie.. kalau idak mau aku lupa malam ni ada sessi badminton.. Ishh tak saba lak rasanya nak berpeluh mlm ni.. Pasal last week tak ada sessi badminton.. Hopefully jumaat ni ada la main futsal.. Aku walau camne penat pun mesti akan join gak kalau bab main2 nie.. Ntahla kenapa.. mungkin pasal bleh release tension sambil mengeluarkan peluh kot.. Dan boleh juga berjumpa dan berbual2 dengan member2 yang lain...

Dulu bleh kata hari2 aku bersukan.. Bebudak ni main badminton hari selasa dan khamis.. aku lak join geng2 kelana jaya main hari rabu.. dan jumaat lak main futsal.. perghhh best je masa tu.. hari2 bersukan.. heheh kui! (*tapi tak kurus2 gak.. hehehe)

Dulu masa sen bujang dan azam ada pun best gak.. Selalu main skuash.. Cikli pun slalu join (walaupun ada agenda lain).. Then lepas tu lepak makan2.. Miss Azam a lot.. Dulu dia slalu singgah kelaput whenever dia lambat balik keje.. So kalau tak main pun just lepak sama dan makan2 hehehe.. Sebelum layan skuash, memula dulu gila apit layan tenis.. Siap beli raket lagi si sen tu.. hehe last2 bila dah layan skuash rasa best la pulak main skuash dan terus tinggalkan sukan tenis nie.. Skang ni dah berabuk dah raket2 skuash dan tenis kat umah tu..

Eh baru teringat.. 2 raket skuash Huang (x-boss aku) ada kat aku... Gulp! lupa la plak.. takpe la kira burn je la.. dia pun banyak lagi raket lain... Hehehe.. ari ni banyak lak tercerita pasal sukan...

Chow!

Digital Camera

Monday, August 16, 2004
Dah lama dah aku mengidam kat digi camera .. (*hehe salman ngan sen mesti tersengih baca nie..) Semalam pegi midvalley terberkenan la pulak ngan kamera nie

Minolta DiMage Z2


spec : 4 MP
zoom : 10 Optical Zoom

dulu aku suka kat Kodak DX6490. 10 Opt Zoom gak.. then bila mie beli Canon SI tu rasa terbakarun la jugak.. Cuma nak try la pulak brand selain dari canon pasal mie, man & sponge dah pakai canon.. Sebnarnya aku rasa kurang skit ngan minolta nie.. pasal aku slalu guna camera Dimage XT yg ct endorse tu.. dan aku rasa cam kureng menarik jer.. hehe. Cuma yg buat aku geram yg nie.. ialah.. dia support SVGA Movies.. Mean boleh capture up to 800 x 600 dlm 15 fps (dia claims the first still digi camera yg support SVGA) then boleh zoom masa capture video.. Rege pun dalam RM 15++ jer.. compare ngan brand lain yg 10 OZ dalam pasaran..

Actually dia ada model DiMage Z3 yang 12 Optical Zoom (sama cam panasonic LUMIX) tapi model nie video capture dia up to VGA saja.. means 640 x 480 jer... heheh takpe.. lek lu.. tunggu sampai aku ada duit skit and rege dia makin murah...

p/s: mie.. camera ni pun pakai 4 bateri AA bateri.. :(

opps lupa.. camera nie ada function Super Macro Mode (kira lagi advance dari Macro Mode la..) dan the normal Macro Mode..

for full specs sila klik Minolta DiMage Z2 Spec

for review Read Review

Monday Blues

Hari ni hari isnin... Walaupun malas nak pegi kerja.. tapi ku gagahi jua.. Problem aku ari sabtu tu dah settle... aku dah bleh create new portal pagi tadi.. setelah berbincang .. aku rasa probe tu occur bila dia tak dapat detect network masa aku cuba create process tu..

Pagi tadi meeting... itu la yg aku alami setiap pagi isnin.. meeting sampai ke lunch.. tadi ngantuk sangat masa meeting.. siap aku bleh terlelap lagi.. ishh tak cukup tido ke ekk? :) tadi lunch ngan hasrul kat dengan area UPM.. ok la jugak.. kalau idak aku lunch sensorang... ada la jugak kawan ari nie.. Try gak ajak si sgarul tu.. tadi dia nak ke bank la plak..

Takpe sgarull nnt kita reunion masa lunch ekk.. Chao!! nak wat keje la plak... Nnnt sambung lain.. :)

Sabtu

Saturday, August 14, 2004
Hmm kene keje la pulak ari nie... :( Smlm aku tension sesangat.. tetiba je sharepoint yg aku baru install tu ada problem masa open kat umah aku... Kat ofis ok la pulak.. then aku aku try create a new portal, ada error.. sakit betui hati aku smlm.. terus off pc dan tidor...

Hari ni sampai awal gak kat ofis.. kul 9.02 dah masuk ofis.. jadi org ke 2 sampai kat ofis ari nie.. Nothing much to do on saturday.. biasa la.. maybe petang ni nak g melawat member2 aku yg abru dapat anaknya.. hopefully la...

That's all for today... Malas nak tulis panjang2

Semangat Lamina

Friday, August 13, 2004
Pagi tadi bila bangun rasa semangat je nak pergi kerja.. Ntah la kenapa.. Padahal smlm tido dah dekat pukul 4 pagi pasal duk main2 dan explore sharepoint yg aku baru install dlm laptop.. Kalau la camnie semangat aku hari2 memang la best.. :) Tadi orang dari MCS datang ofis.. Maybe kejab lagi or after lunch kerja2 installation dan configuration akan berjalan.. Hopefully aku dapat involve dan gain knowledge.

Hmm hari ni hari jumaat. Kalau dulu bila tiba hari jumaat aku akan happy giler.. Pasal apa? pasal dulu company aku tak keje hari sabtu.. So hari jumaat kira last day la kerja utk minggu tu.. Biasanya jumaat malam akan dihabiskan masa bersama kawan2.. Either main futsal or just lepak minum2 kat mamak (miss azam)... Sekarang ni aku keje follow bank.. Means hanya cuti pada minggu pertama dan ketiga... So sekarang ni hanya certain2 jumaat je aku happy.. hehehe...

Tapi kadang2 pk balik.. keje hari sabtu ni ok jugak.. Bukan keje sangat pun.. Ye la half day jer.. Biasanya dah ada plan apa nak buat lepas keje.. Cuma kadang2 tension bila nak balik tersangkut lak urusan dengan boss.. Aku cuba hiburkan ati aku dengan fikir yang positif.. Kerja hari sabtu ni bagus.. Reason dia pasal at least aku akan bangun awal.. So takde la aku abiskan masa aku dengan tido.. (cam masa aku keje kat company lama).. Cuma drawback dia satu jer.. sekarang nie aku susah skit nak balik kampung.. and also susah skit nak jalankan aktiviti2 sendiri seperti urusan membayar bil dan perbankkan.. Ialah pasal time aku cuti, bank dan pejabat2 kerajaan pun cuti...

So moral of the story... Carilah kerja di kompeni yang hanya bekerja 5 hari seminggu... Cheers!

Kerja & Sharepoint

Thursday, August 12, 2004
Hmm hari ni banyak gak keje yang aku buat.. Akhirnya berjaya juga aku install sharepoint kat laptop aku nie.. Tu pun siap baca help guide ngan bantuan rakan lagi.. So lepas ni bleh la aku explore sharepoint malam2 kat umah.. Buku dah beli dah ari tu.. Kadang2 aku tensen gak pk pasal kerja nie.. Banyak lagi yang aku kena cover.. Mampukah aku nanti ekk? Hmm asalkan kita berusaha dengan gigih ok la ekk.. Hasilnya nnt kita fikirkan kemudian ekk.. So doa2 kan lah aku berjaya menguasai benda2 nie..

Sebenarnya banyak lagi yang aku tak berapa faham.. Infrastructure pun aku kena tau gak.. then kena masterkan SharePoint nie.. Finally harap2 leh la aku master untuk wat customization and programming dalam c#. Harap2 dapat lah aku menguasai teknologi nie.. Oh satu lagi.. next step kena lak tau utk wat workflow server.. maybe kena tau k2.net.. Lagi satu benda yang aku kena tau.. Tu tak campur Live Communication Server lagi ekk... Ishhh banyak nya.. Hehehehe

Esok maybe aku akan involve dengan orang dari Microsoft Consultant Services untuk install balik server and semua application.. Maybe esok nak kena collape old domain and create new domain utk join enterprise domain.. Hopefully bleh la belajar skit2 skill orang dari MCS nie.. Pasal ni dah kira configuration utk production server..

Ok stop dulu hari nie.. badan pun rasa tak sihat nie sebnarnya.. Chaloo...!!!

Windows Server 2003

Wednesday, August 11, 2004
Smlm berjaya menginstall Win Server 2003 kat laptop aku.. Banyak lagi benda kena belajar esp pasal Win 2003 nie.. Ari ni plan nak up kan sharepoint portal kat laptop nie (tu pun kalau sempat).. Maybe perlukan bantuan dari geng2 atQuest kat sini... Banyak lagi kerja aku yang pending.. Pasnie kalau Sharepoint dah ok nak amik RAM dari boss aku lak.. pasal nak run Win 2003 nie recomended RAM nya ialah 512MB RAM.. Skang ni laptop aku cuma 256 MB jer..

Kerja.. sebut pasal kerja.. semua dari kita bekerja untuk menyara hidup... Banyak masa kita sebenarnya habiskan untuk bekerja.. Kurang2 9 pagi ke 5 petang kita bekerja.. Tu tak campur kalau kita kerja sampai malam untuk kejar deadline or overtime.. Hmm kadang2 aku pun malas nak keje.. Bak kata Lee (x-Pilgrims & x-C Dung) dalam salah satu zine nya.. "Work sucks but we need some bucks".. !

So.. enjoy our work.. Happy working.. Cheers!...

Annual Dinner

Tuesday, August 10, 2004
Semalam annual dinner company aku kat lake club.. Sempoi je kompeni aku buat.. Takde la kat hotel2 besar.. Makan pun ala2 kadar jer.. A buffet style with a little bit of bbq at poolside. Then ada la pertandingan karaoke sikit... By 10.00 pm majlis dah abis.. Aku berjaya menang lucky draw.. tapi dapat sandwich toaster jer.. 1st price dapat ipac tu.. Kamera digital dan handphone pun ada.. Ok la tu.. dapat la jugak pada tak merasa langsung .. :) Nothing much to write down today.. Biasa la monday blues.. Wanna have some lunch.. Adios...

Paintball, bolasepak dan LPT

Monday, August 09, 2004
Sabtu lepas, compeni aku wat anniversary kat Sunway Extreme Park.. Seronok gak la dapat kenal2 ngan staf2 yang lain.. Tapi yg bestnya ialah bab main Paintball. Aku baru 1st time main game nie.. Memang menarik.. Mission dia senang jer.. amik 2 bendera team kita dan bawa pulang ke base. Sblm tu kita kena tembak dulu 2 botol kat area lawan. Sapa bawa pulang 2 bendera nie team dia akan menang.. Game ni memerlukan kerjasama dan strategi yang betul.. Yg bestnya team aku menang pertandingan nie.. Cool beb. Yang tak tahan nya ialah kos nak main benda nie.. memang mahal.. sib baik FOC jer pasal company bayar.. K nnt ada masa aku cite lagi pasal permainan paintball nie.. Tam aku gak jadi naib juara Futsal.. (not bad huh)..

Lepas je anniversary aku gigih ke Kuantan utk tengok bola game Pahang lawan Sabah.. tetiba terasa nak g stadium lak ari tu. Tambah pulak geng2 kat kuantan bakar2 aku suh datang.. Kul 6.30 masih lagi kat tol gombak.. Sib baik la ada LPT.. by 8.30 aku dah terpacak kat Stadium Darulmakmur (satu catatan masa peribadi terbaik - Tol Gombak ke Tol Kuantan = 1 Jam 40 minit).. Anyways malam tu memang fun.. Pasal ari tu Pahang menerima piala Liga Super.. Dan yang paling best skali ialah kesempatan berkumpul dengan geng2 tokgajah.com lepas bola tu..

Thanks friends, esp pada sdr Emran kerana sudi belikan tiket utk aku..

p/s: Sejak ada LPT nie perjalanan aku utk balik kampung makin cepat, mudah dan selamat.. thanks pada sesiapa yang bertungkus lumus menjayakan LPT nie..


Sunyi & Penat

Friday, August 06, 2004
Hari ni aku sorang2 je kat Bangi nie... Team aku yang lain pergi company meeting dekat Genting.. Mula2 ingat nak balik kg petang nie.. Alih2 esok ada Company Anniversary pulak kat Sunway.. Dah la aku baru je join company ni sebulan.. so nak tak nak kena la join jugak.. Aku fikir ni lah masanya nak beramah mesra ngan staf2 yang lain esp yang kat department lain.. Dah la aku seminggu dalam sekali je ada kat ofis.. so ramai lagi yang tak kenal..

Penat... ntah mengapa lately ni aku rasa penat je badan.. nak kata kerja kuat.. tidaklah kuat sangat tapi badan rasa dah tak fit cam dulu... Sib baik baik la dalam seminggu ada la 2-3 kali aku bersukan.. main badminton dan futsal.. Keluar la jugak peluh... Mungkin aku rasa aku nie dah makin tua..

Pasal kerja.. banyak lagi benda aku yang tak settle.. Hopefully by this weekend siap la aku yang aku dah plan utk minggu nie...

Chao!

BMW

Thursday, August 05, 2004
Semalam berjaya juga trip kami ke bagan lalang.. Jauh jugak tu.. naik kete pendang smlm.. balik2 je aku terus flat tido... Dah lama jugak tak makan2 camnie ngan member serumah..

bmw? kenapa tajuk ari nie bmw? pasal salah seorang dari member aku dah berjaya pakai bmw 328i, siap ngan rim 17 skali.. Hmm aku serius kagum dan terbakar jugak pasal one thing dia beli bukan pakai duit mak bapak dia.. i means kadang2 orang dari background family yg berada kita tak de la heran sangat kan.. Tapi dia beli guna duit titik peluh dia sendri.. dan dia pun keje makan gaji cam aku gak.. bukannya businessman.. tu yang aku suspect sangat kat dia.. hehehe. Lawa kete dia walaupun dia beli second hand..

Aku? hmm aku setakat dapat pakai CBB ni pun dah ok.. banyak lagi perancangan dalam kepala aku nie.. cuma ia terhad dengan $$$ yang ada jer.. hehe kalau tetiba menang sejuta cam Samerin dulu tu.. senang la skit ye dak.. hehe

cakap pasal bmw nie, kawan aku haizrul pun berazam/target untuk memiliki bmw sblm umur dia 30.. good luck mate.. nnt dah beli.. jgn lupa kasi aku test drive ekk

chao!

makan makan

Wednesday, August 04, 2004
semalam banyak keje kena buat kat ofis.. Tu yang aku nyampah tu.. asal balik ofis je ada je keje menunggu... so smlm balik pun dah nak pukul 9... Cam biasa semalam sessi badminton berjalan.. Pulun jugak main semalam... start je main, sampai la abis non stop... so boleh la mengeluarkan peluh di badan...

Hmm cakap pasal makan, malam ni kami serumah akan ke Bagan Lalang untuk layan seafood.. Hmm jauh jugak tu.. Sib baik naik kete pendang kot.. takde la penat sangat aku nak drive... hehe jangan dia suh aku gak yang drive dah ler...

Bercerita pasal Pendang. Akhir2 nie rezeki dia makin bertambah.. aku pun tumpang gembira... kerjaya dia makin berkembang di Celcom.. Tapi keje dia mmg agak memenatkan.. maklum la keje shift.. teringat balik masa dia tak bekerja kejap dulu.. hmm betul la kata org hidup ini ibarat roda.. ada masa di bawah.. ada masa di atas.. so kalau kita sedang berada di atas tu, ingat2 la orang yg berada di bawah.. mana tahu nnt masa kita akan di uji pula...


That's all for today.. Chao!

Buku dan tabiat membaca

Tuesday, August 03, 2004
Ari ni aku nak cite skit pasal buku... Bape ramai di antara kita yang suka baca buku.. Sebenarnya aku suka membaca... banyak yang aku baca selama ini.. cuma benda yang aku baca kebanyakannya berkaitan dengan apa yang aku minat.. cthnya muzik, kereta dan audio visual.. Novel pun aku layan jugak skali skala.. Lately ni aku cuba kembangkan minat aku membaca buku-buku motivasi dan berkaitan dengan kerja aku ... sebnarnya kat umah aku ada beberapa buku yang aku beli tapi still tak sempat baca.. Kenapa? alasannya takde masa.. begitu juga dengan majalah...

Aku ni suka membeli buku dan majalah .. eheheh majalah tu kadang2 aku baca back dated.. means majalah bulan 5 aku baca bulan July.. pasal apa aku tulis pasal buku.. pasal aku rasa masyarakat kita kurang membaca.. aku rasa membaca itu penting dan bagus pasal kita bleh tau banyak perkara.. so marilah kita bersama2 luangkan sedikit masa untuk membaca.. sekurang2 satu dua page sehari.. kalau boleh 1 buku dalam sebulan pun dah kira ok..

Kelmarin aku baru je beli buku... pasal IT. Buku SharePoint Server.. ni kira ada kaitan dengan kerja aku.. tapi still tak sempat nak baca lagi.. sebnarnya aku rasa kita semua hari2 membaca.. cthnya membaca email.. baca suratkhabar.. baca forum/blog etc.. Not bad kan.. So keep it up ...

Frankly speaking, keje aku skang memerlukan aku banyak membaca.. so hari2 aku banyak membaca skrang nie.. kadang2 sampai berpinau mata aku baca esp kalau baca dari skrin monitor...

Eh dah banyak merepek nie... Conclusionnya, rajin-rajinlah kita menanamkan sikap suka membaca... Adios..

what a start...

Monday, August 02, 2004
Dulu aku malas nak tulis2 blog nie... suka baca kawan2 punya blog... Last2 pikir.. baik gak aku tulis blog aku sendri.. untuk catatan dan renungan buat aku sendri...

so aku target utk start Ogos nie.. maka terhasillah blog ini... So aku ucapkan tahniah untuk diri sendri.. kerana telah berjaya menghasilkan blog ini... harap2 aku bleh maintain tulis blog nie .. jangan hangat2 taik ayam dah la...

pada gunx, suhaimi dan salman.. terima kasih kerana blog anda telah berjaya mempengaruhi akan kelahiran blog ini...

back to blog...

Weekend lepas Din dah kuar dari kelaput... So skrg dah tinggal berempat.. Lately environment kat umah dah makin best.. hari2 makan di rumah.. rasa hubungan sesama ahli dah semakin erat.. semalam pun satu rumah bleh lepak kat ttdi minum sampai kul 2.. Teringat kenangan masa mula2 duk kat situ dulu.. memang penuh dengan kenangan indah... thanks to our old Kelaput Crew : Haizrul, Emran, Salman, Rizal...