<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7832147\x26blogName\x3dAn+ordinary+life+of+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bayerm.blogspot.com/\x26vt\x3d-8533331464891771839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Busy & Busy

Thursday, January 20, 2005
Lately very the busy with all of the things... Work + Preparation + Searching for house to rent can make me crazy..

So i dedicate this song for me and for all my friends who read this lousy blog!!...

Be happy...


Happy

Are you happy?
Are you lonely?
Would
you like to go out with me
And turn the heat up on those scums

Singing love songs
When the world gone wrong
They're dancing on
till dawn
Lets screw their world!

Cause they told me,
"Well,
everything's alright"
And they want me,
"Stay deaf, dumb and blind"

But there,
Lives a man upon the streets,
With boxes and no meals
And there,
Sits a mom with can in hand,
She's singing at my feet
Should I,
Shut my eyes,
Blind out their cries,
And leave them
'pon their knees
As this world goes round
With dollars and pounds
The rich, the strong
The mighty






AJL19: Relaku Pujuk

Tuesday, January 18, 2005

Yahooo group faveret aku menang Juara Lagu semalam...

Tahniah tu spider and "Relaku Pujuk"...

Tahniah jugak kepada my big fat frenz "Afdlin Shauki" coz menang dalam 1st attemp..
Keep it up bro...

And as usual Misha show her voval talent esp dalam teran meneran.. and she sweep best Vocal... Congrats... (cuma sian si Izzad tu hanya di tunjuk bayang2 nya sahaja..) hehehe..

Tapi smlm si Sarimah ngan Najib Ali tu ntah hapa2 la jadi host.. Mengarut dan rubbish.. Come on TV3 dan 19 tahun anjur JL takkan camnie kot result dia... Skrip langsung takde kualiti...

Prebiu : Gangster

Saturday, January 15, 2005
Ishh hari ni datang angin semangat laks nak berblog...

Malam tadi layan Gangster ngan Miz & Cikli & Kawan Cikli...

Memang gempak cite bade kali nie... Kiranya bagi aku ni lah cite aksi terhebat dalam sejarah pembikinan filem melayu setakat ini... Walaupun nmpk unsur2 dari filem luar tapi team bade bagi aku harus mendapat kredit atas kelainan aksi2 dalam filem ini esp dalam adengan kejar mengejar dan perlanggaran. Walaupun ada sikit2 scene yg nampak x real tapi still boleh di maafkan..

Jalan cite dia mmg simple mengisahkan 3 jalan cerita yang berbeza tetapi akhirnya mempunyai jalinan di akhir babak filem.. Pasal jalan cite tak yah aku nak ulas.. Nnt sapa2 yg tak tengok tension plak kan..

Rosyam aku rasa berpotensi dapat best actor menerusi filem ini.. Sudut camera dan sinematografi cite nie mmg lawa... Maklum la pengarah nya pun bekas kameraman dan Raja Mukhriz mmg bagus dalam bab2 fotografi nie.. Sama cam KL Menjerit dulu... Lakonan Siti Elizad pun bolehlah di puji sebagai pelakon baru... Saiful Apek berjaya lari dari watak stereotype dia.. Walaupun serius tapi masih ada sikit2 unsur komedi.. Tapi kira ok la berbanding kemunculan dia dalam bbrp filem sebelum nie yg memaparkan lawak2 ala senario dia..

Aku rasa Gangster telah memulakan 2005 dengan cemerlang bagi filem melayu.. sama seperti Trauma bagi 2004 (juga terbitan Tayangan Unggul).. Cuma bagi aku beberapa adengan atau gambaran situasi dalam cite itu agak over.. Begitu juga dengan watak Nala yg over ganas aku rasa... Yang lain.. two thumbs up.. Syabas Bade & the team!...

p/s: Layan tgk Impreza dan Evo berlumba2 di kuala lumpur...

Successfull at early age!

Semalam sebelum dikejutkan dengan gangguan bekalan elektrik, dekat MRCB pun dah ada berita mengejut yang penting. MRCB mengumumkan perlantikan pengerusi baru iaitu Datuk Azlan Mohd Zainol. Azlan sekarang juga adalah CEO EPF.

Ahmad Zaki Zahid pula dilantik sebagai Pengarah Bebas. Yang menariknya dia ni baru je berumur 34 tahun. Sekarang ni dah jadi pegawai khas kepada Pak Lah, Ketua Unit Dasar JPM. Sebelum ni pernah jadi perunding kanan Booz-Allen & Hamilton dan Pegawai Eksekutif Kanan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

So kagum gak ngan mamat nie, baru 34 dah kira berjaya menjawat pelbagai jawatan penting. Memang tak dinafikan connection dan path dia bagus sejak dari awal tapi zaman sekarang nie walaupun connection padu tapi still di nilai atas performance kita.. Dah takde dah cam zaman dulu main letak je seseorang. Dan menurut dari salah seorang partner kitaorg kat ofis, Ahmad Zaki ni senior dia masa kat uni dulu.. Dan dia ni mmg brialliant dan extra ordinary.. Hmm patut la pun dah bleh dapat jawatan2 penting walaupun masih muda..

Bila dipikir2 kan balik, cuma kita semua bayangkan dan target.. agak2 nya bila kita 35 tahun nanti (kalau umur panjang) agak2 nya apa yang kita achieve. Takkan nak jadi programmer je kan.. hehehe.. (walaupun ada byk kat oversea tu still dlm technical line (tapi gaji beso la..)).. Tapi aku rasa walau camne pun, kita mesti jugak akan shift ke management line.. Nak tak nak kena la belajar how to manage people and everything..

So apa kita nak jadi nanti..? Cuba letakkan target dalam diri.. Walaupun maybe tak setinggi director atau GM tapi at least mesti la ada perubahan every year (but tak salah to dream high).. Aku pun tak tahu la camne ngan aku nie.. Dari segi management skill memang kurang giler... Kena belajar tu camne nak manage orang.. Camne nak handle situation.. Camne nak mengadap top2 management.. camne nak bergaul ngan management level or high level nya org.. sume tu aku masih ampess.. hehehe

Ramai di antara kita yang berada dalam technical line sekarang.. (except business garaduate).. so aku rasa dalam kita mengejar ilmu2 teknikal nie, management skil tu kita jgn la tinggal terus.. Belajar skit2 camne nak present diri kita.. Camne nak bergaul and so on.. Salman skang dah more to management level.. Good for him..

Member2 kita yang jadi PTD ada banyak advantage.. Aku rasa for the next 5 to 10 years nanti mereka2 ini akan manjadi pegawai2 kanan kerajaan (at least) dan maybe ada yg boleh sampai tahap dapat menjadi Pengarah or somebody dalam kementerian atau badan2 separuh kerajaan.. Path diaorang memang dah betul.. so grab the chance bro...

So bagi kita yang dalam line teknikal dan swasta nie kena la bekerja keras untuk membuktikan kemampuan kita... Start set your goal and your career target and start improve ourself.. Hehehe marilah sama menjadi player dalam memajukan negara kita...

See ya..!

Tsunami, Mangsa & Mentaliti Masyarakat Kita

Friday, January 14, 2005
Kita semua dah sedia maklum dengan bencana tsunami baru-baru ini dan ramai rakyat kita terutama yang berada di utara semenanjung terlibat. Maka ramailah rakyat kita yang prihatin menyumbangkan pelbagai derma kepada mangsa-mangsa ini. Salah satu daripada derma-derma itu ialah pakaian dan barangan.

Kita telah dikejutkan oleh berita yang didedahkan oleh para sukarelawan bahawa rakyat Malaysia menderma sampah. Ada yang menderma pakaian yang sungguh daif (cth seluar dalam terpakai) dan ada yang menderma barangan yang tidak relevan (cth beri medal dan piala). Mereka seolah2 mengambil kesempatan untuk mengosongkan almari mereka dengan melongokkan semua pakaian yang tidak mereka gunakan kepada mangsa tsunami.

Baru-baru ini kawan aku meninjau sendiri ke penempatan mangsa tsunami di Pulau Pinang. Dia memberitahu bahawa mereka sudah mempunyai bekalan pakaian yang mencukupi malah lebih dari apa yang diperlukan (syabas rakyat malaysia yg prihatin). Kemudian dia bertanya kepada mangsa2 apakah barangan yg masih belum ada atau mencukupi? Jawapan mereka ialah kain sembahyang, kain pelikat dan sejadah.. Hmm amatlah menyedihkan dalam beribu2 pakaian dan barangan yg didermakan oleh rakyat Malaysia, tidak ada yg memberikan sejadah, kain sembahyang atau kain pelekat kepada mereka.

OK tamat bab penderma.. Kemudian apa yang lagi menyedihkan dan membengangkan sahabat aku ini ialah mengenai satu perkara ini. Melalui pemerhatiannya, kebanyakan (di ulangi kebanyakan bukannya semua) mangsa-mangsa ini mengamalkan konsep pakai buang. Mereka tidak membasuh baju2 yg mereka pakai hasil pemberian orang ini sebaliknya bila dah kotor mereka buang begitu sahaja. Lantas sahabat aku ni menegur la salah seorang dari mangsa itu, dengan bertanya mengapa tidak di basuh pakaian2 kotor itu?. Dengan selamba je mangsa ni memberi alasan bahawa mereka mempunyai bekalan pakaian yg banyak jadi apa salahnya mereka berbuat begitu... Cehh punya la marah membe aku dan dia terus mentarbiah mangsa tu dgn berkata bahawa org dah susah payah menderma.. Walaupun dah terlalu banyak, tapi at least hargailah pemberian orang tu.. Basuh dan simpan la supaya boleh digunakan di masa-masa hadapan.. Ni lek je buat cam pampers..

So inilah antara mentaliti dan sikap rakyat kita yang mewah dan jarang menghadapi saat2 kesusahan.. Yang menderma pun satu hal dengan bagi kat orang spender buruk.. Yang paling hangin nya orang yg dibantu pun mengamalkan sikap yang membazir dan seperti tidak berterima kasih dan menghargai pemberian dan pengorbanan orang lain...

Ishhh macam2 ada...

Back to work...

Photography : Aperture

Wednesday, January 12, 2005
What is aperture?

A small, circular opening inside the lens that can change in diameter to control the amount of light reaching the camera's sensor as a picture is taken. The aperture diameter is expressed in f-stops; the lower the number, the larger the aperture. For instance, the aperture opening when set to f/2.8 is larger than at f/8. The aperture and shutter speed together control the total amount of light reaching the sensor. A larger aperture passes more light through to the sensor.
Many cameras have an aperture priority mode that allows you to adjust the aperture to your own liking

Secara amnya aperture ialah bukaan lensa. Ia mengawal cahaya yang masuk apabila gambar di ambil. Biasanya di ukur dengan panjang focal di bahagikan dengan diameter aperture dan di wakili sebagai f number. Cthnya f/8 dan f/2.8.

Ini bermakna semakin kecil nombornya semakin besar aperturenya. Aperture (bukaan) dan Shutter speed memainkan peranan penting dalam mengawal amaun cahaya yang melalui sensor imej.

Aperture also affects the sharpness of your picture, but in a different way. Changing the aperture changes the depth of field, the depth in a scene from foreground to background that will be sharp in a photograph. The smaller the aperture you use, the greater the area of a scene that will be sharp. For some pictures-for example, a landscape-you may want a smaller aperture for maximum depth of field so that everything from near foreground to distant background is
sharp. But perhaps in a portrait you will want a larger aperture to decrease the depth of field so that your subject's face is sharp but the background is soft and out of focus.

Nanti ada masa kita cita pasal shutter speed plak...

PGL masuk final nominies Academy Award?

Tuesday, January 11, 2005
Pagi tadi dgr radio era.. Khairil cakap PGL dah masuk final nominies dlm Academy Award yg ke 77 nanti.. Hmm betul ke ekk? Kalau betul tahniah kepada Tiara n crew.. Memang gempak kalau PGL dapat masuk dalam senarai akhir utk best foreign language film.. PGL atau nama inggersinya "The princess of mount ledang" telah mengharumkan nama negara...

Syabas Tiara...

p/s: omar dah start keje ari nie.. Good Luck

Banyaknya kerja..

Friday, January 07, 2005
Lately kerja mencurah2.. Next 2 week dah nak start cuti panjang.. Hmm camne la ekk? Harap2 dapat la aku manage semua kerja2 ni sblm cuti.. Ada beberapa projek cam bergantung kat aku je nie.. Hehehehe mampus kalau x dapat nanti.. :)

Hari ni hari bersukan aku... Ptg kang nak main ping pong.. pastu badminton dan dengar bunyinya mlm ni pun bebudak ofis nak ajak futsal.. hehehehe gila aktif hari nie...

Chow!...

Welcome to KELAPUT new member..

Thursday, January 06, 2005
Smlm Omar secara rasminya menjadi ahli kelaput.. Makin bertambah keluarga Kelaput nie.. Currently dia lepak ngan Cik Li kat bilik tengah.. hehehe sian mrk bersendat-sendatan di situ... Takpe dah tak lama dah... Nanti aku keluar ok la korang..

Hmm bertambah meriah dah kelaput skang.. plus adik pen pun lepak kat situ temporary sementara menunggu result SPM nya... Teringat masa zaman kegemilangan kelaput dulu.. Sang, Amat, Aidil.. Memang ponuh smp keluar la dulu... Yg best bila ramai2 ni ialah masa nak bayar sewa rumah ngan beli barang.. Save siut..

Anyways to Omar tahniah kerana dah dapat kerja kat HSBC tu.. keje la rajin2.. Plus dah makin dekat ngan awek kesayangan dia... KIT: you must be very happy with this news... Dah makin dekat la si Chubby ko tu... hehehe...

OK back to work... Ghiya..!

p/s: one of my good friend is getting married this May.. She ask to to hold first this announcement.. Anyway congrats to her... :)

Kita kalah..

Wednesday, January 05, 2005
Mesia kalah malam semalam... selepas selesa mendahului 1-0 dan bermain di gelanggang sendiri.. Indonesia membuktikan bahawa mereka mempunyai kualiti sebuah pasukan juara apabila bangkit dengan 4 ledakan gol di separuh masa kedua..

Percaturan jurulatihnya memasukkan Kurniawan membuahkan hasil apabila dia memjaringkan gol pembukaan semangat buat Indonesia.. Malaysia selepas itu jelas tertekan dan ditambah dengan ketinggian stamina dan kelajuan striker2 Indonesia, dengan mudah mereka meratah Malaysia..

Cukup sedih.. Bagi aku player2 Malaysia jelas tidak mempunyai kekuatan mental dan fitness yang cukup.. Penyokong2 Malaysia telah memberikan segala-galanya yang diminta. Mereka turun beramai2 ke stadium.. Dan mereka telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi sehinggalah Indonesia menjaringkan gol ke 4...

Anyways Indons deserve to win.. Memang mereka adalah pasukan yang lebih baik.. Buat jurulatih Malaysia.. Terima lah hakikat bahawa pemilihan pemain yang saudara buat memang meragukan... Ketepikan egomu demi martabat bolasepak Malaysia..

Buat Khalid Jamlus dan Amri Yahyah... lu orang memang ampesssssssss!!!!!!!!!

Malaysia vs Indonesia - 2nd Leg

Tuesday, January 04, 2005
Malam nie, Malaysia lawan Indon di Bukit Jalil.. Insya allah aku akan turun... Emran dah pun belikan tiket.. furthermore.. geng2 TGC dari Kuantan pun turun.. Maybe mlm ni nak jumpa skali geng sfc utk bincang pasal friendly nnt...

Moga Malaysia dapat mempertahankan kelebihan 1 gol kita dan kalau boleh kita tambah lagi malam nie.. Tiada yang mustahil.. Ini peluang yg kita ada utk mengecapi Piala Tiger buat kali pertama.. Singapura dah terlebih dahulu menempah tiket ke final bila menang mlm semalam... Malam ni harap2 giliran pasukan kebangsaan kita plak..

Cite pasal EPL plak.. Chelsea menang lagi kelmarin... yahoo kali nie giliran Liverpool plak.. thanks to Joe Cole.. lu mmg pemusnah Liverpool la.. W'pun liverpool yg control game tadi ygpenting Chelsea dapat mengumpul mata penuh utk mengekalkan jarak nya dengan Arsenal.. Go Robben Go... Hehehehe

Back to work bro... See u all at the stadium tonite.. :)

Happy New Year

Saturday, January 01, 2005
I would like to wish all of you a very happy new year. Hope that 2005 will give us more peacefull and happiness. May all our dreams come true next year. This year, there is no new year eve celebration that we always organize. So u guys better stay at ur home. Give ur support and pray for tsunami victims...

See ya next year...

2005... here I come... :)