<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7832147\x26blogName\x3dAn+ordinary+life+of+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bayerm.blogspot.com/\x26vt\x3d-8533331464891771839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Wiken @ Temer

Tuesday, June 26, 2007

Minggu baru ni balik Temer. Sibuk kononnya jadi kameraman tak rasmi untuk Fiesta Futsal Bahagia. Hehe at last dapat jugak habuan bola futsal sebijik, shoe bag ngan short sehelai.. Tq kepada penganjur. Layan gak jadi kameraman nie. Senang je nak suh orang posing.


Ptg tu jugak ada HOT FM Mini Jam kat Temerloh, nasib dapat pass kalau idak takde nya aku nak bersesak2 g sana. So pegi kejap sementara tunggu final futsal and shot la gambo sikit2.. Beh gak jadi kameraman nie.. Selamba je aku suh diaorang posing2. Kena plak yg suka posing2 ni so senang je la aku nangkap ambo diaorg.. Tgk kejap je pastu pegi balik kat tempat futsal pasal final dah nak start..

Lagi gamba kat sini

Hari BBQ sedunia

Monday, June 18, 2007
Semalam aku muak giler tgk ayam BBQ..

1st BBQ kat Ulu Yam, makanan banyak giler lebih, siap sume orang kena paksa bawak balik ke umah...

Balik umah lak, geng2 carmila nak buat BBQ kononnya sempena father's day, cheh aku mmg dah muak giler malas nak join. Pasal tgk ayam pun dah naik nyampah, so decide lepak kat atas jer, dalam kul 11 lebih kena gak paksa turun ke bawah, so aku pun layan la tolong bakar2 tapi srius muak gile dah masa tu, just minum air dan sembang2, kul 1 camtu ngantukz bangat naik umah dan zzzz...


sojukkkkk nya.....

Congrats Gunx

Thursday, June 14, 2007
Tahiah kepada Ahmad Rizal a.k.a Gunx di atas kelahiran puteri pertamanya, Asma' di Kelana Jaya Medical Centre jam 5.15 ptg smlm.

Wah AY dah ada adik sekarang...

Kisah Satu Malam : Banjir di kampung saya.

Monday, June 11, 2007
Malam semalam sedang enak menikmati detik2 kemenangan Rafa Nadal, telefon bimbitku berbunyi, kedengaran suara sang sahabat meminta jasa baik untuk datang menyelemat keretanya yg sudah di tenggelami air.

Kemudian ku menelefon 2 lagi panglima di Carmila untuk menemaniku, dengan kuasa V-Power, CBB menerjah hujan ke dataran merdeka. Kereta ku parkir di tepi jalan persis gangster kampung dusun. Di dataran, air mengalir bak air terjun, kami terpaksa meredah air banjir untuk ke lokasi kejadian. Civic Metalik Biru terkujur kaku kabasahan, menurut rakanku, air berada di paras dashboard. Kelihatan juga sebuah kelisa yang di tenggelami air paras bumbung. Air deras mengalir namun hujan telahpun berhenti. Menurut rakan, jarak masa hanya 20 minit dari masa dia parkir kereta dan menunggu persembahan di panggung DBKL. Pengumuman di buat berkenaan air naik, dan apabila dia ke tempat letak kereta, kereta sudahpun menjadi akuarium..

Plan A di cipta, tow trak di panggil sambil aku dan rakan2 memindahkan barang2 dari kereta rakanku ke CBB. Selesai plan A, kami menikmati makan malam di D'Tebing. Sup tulang di pesan agar dapat memanaskan diri setelah mengharungi air2 banjir dan hujan. Aku ke belakang sebentar untuk membuang air2 yg masuk ke tubuhku melalui air banjir. Prakkk satu bunyi kuat kedengaran, kemudian terdengar suara orang memanggil meminta tolong.

Dengan semangat lamina aku terus ke tempat kejadian, kelihatan sebuah pokok maha gedabap telah menyembah bumi. Terdengar suara beberapa pemuda meminta bantuan kerna di fahamkan terdapat 5 manusia berada di bawah timbunan pepohon yang tumbang itu. Pepohon di angkat beramai2, seorang mangsa di keluarkan, seorang gadis india terlantar lesu.. Tak lama kemudian DBKL sampai dengan peralatannya, aku pun beredar untuk makan, kekecohan ditinggalkan, makanan di santapi.

Lepas makan, kembali ke kereta rakan menunggu kereta tunda sampai. Pelbagai alasan di beri atas ketidaksampaian kereta ini. Puas menunggu hinggakan Datuk Bandar dan Menteri yang melawat sudahpun datang dan pergi. Hampir pukul 1 barulah kereta tunda sampai, Setelah semua selesai, sampai di rumah jam 2 pagi. Inilah kisah satu malam, macam-macam perkara berlaku di depan mata. Kini aku mengantukz sekali...

Cuti- cuti Malaysia

Tuesday, June 05, 2007
Inilah chalet yg saya duduki... :)


Last wiken berjaya juga menjadi salah seorang penganjur utk Family Day geng2 rumah... Trip buat pergi ke Tioman start hari khamis sampai ke ahad + bermalam di Endau...

Lokasi di Salang Indah Beach Resort.. lawa chalet dia.. rate pun takde la mahal sangat..

antara yg best
- hari2 makan sotong dan udang
- layan snorkeling
- layan mandi laut
- layan bbq (RM 15 je sorang kat Tioman)
- 1st time memukat kat pantai di Endau, dpt udang fresh2 tu.. pastu mlm buat bbq
- layan bbq ikan + udang yg sendri tangkap
- tak yah g ofis buat keje.. miahahahaha....

Next trip g tioman nak lepak Air Batang plak...

more picture at My Own Mind

p.s: sori lie, salah link