<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7832147\x26blogName\x3dAn+ordinary+life+of+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bayerm.blogspot.com/\x26vt\x3d-8533331464891771839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Pindah & Pindah

Thursday, September 30, 2004
Smlm meeting utk deparment aku.. Confirm nak pindah TPM sblm puasa nie.. Target date diaorg dalam 10 - 14 Okt.. Smlm aku kena handle bab inventori dan labeling barang2 spy make sure that all our things sampai kat sana..

Ntah la. Actually aku sedang menanti satu surat tawaran untuk kerja baru. Ntah bila la siapnya. Then aku plan nak resign bila dah dapat surat tu. Ari ni sorang lagi bakal meninggalkan kompeni aku. Camnie la lumrah ekk.. Bila rasa dah kurang stabil kat satu2 tempat dan cabut la ke tempat yang baru. Tapi takleh nak salahkan jugak kan. Masing2 ada periuk nasi dan tanggungan yang perlu di ambil kira. Ye dak.

Aku pun maybe camtu jugak kot.. Hehehe. Tepuk dada tanya selera..

p/s: hopefully yg ni akan berkekalan lama spt mana aku di Virtual Studio dulu di bawah Huang.. hehehe. Tapi jangan lingkup cam VS sudah.. kui!

Teater : Lorong 2/90

Tuesday, September 28, 2004
Semalam aku pegi tengok teater kat Auditorium Muzium Shah Alam. Free je teater nie.. hehe.. Lorong 2/90 adalah cite pasal lorong... Biasa lah cite pasal kehidupan GRO, Penagih Dadah dan Penyapu Sampah...

Cerita dia biasa je la pasal pergolakan rumah tangga si penyapu sampah, kesengsaraan GRO dan masalah penagihan dadah. Cite nie pada awalnya banyak gak lawak dia esp dalam watak si penagih dadah : Ghulam. Raja Azri sebagai Zali pun boleh tahan jugak lawak dia. Lawaknya lawak terhormat.. melalui dialog dan sindiran, bukannya lawak splastik spt kebanyakan filem2 melayu...

Pertengahan dan penghujung cite nie agak slow.. Dan ending dia macam biasa la, yang jahat kembali insaf dan menjadi manusia berguna... Cuma cite ni juga mematikan watak Zarina: seorang GRO yang telah insaf dan sedang melalui saat2 bahagia bersama keluarganya..

So kalau rasa2 nak pegi bole la ke Shah Alam. Malam ni adalah malam terakhir persembahan dia...



SABTU: Isman datang lagi ke kelaput... Thanks bro.. Malam tu lepak2 kat UPTOWN ngan Sulai n the gang.. Perghhh UPTOWN skang nie sesak bangat... Nak cari parking pun susah giler.. So kalau stakat nak minum2.. hentikanlah niat anda untuk ke sana esp pada malam minggu...



Ok la dulu.. Chao!

Happy birthday to me....

Saturday, September 25, 2004
Hehehe hari ni birthday aku.. Thanks pada member2 yang wish me.. Esp pada Azam yang jauh nun di sana pun ada sms tadi.. hehe

A few good things happens to me in the last 2 days. Hopefully all my plan work well. Hehehe kalau semuanya tak ada aral.. Maybe early of next month aku nak pergi holiday.. Relax minds skit.. Kui..

Cheers!..

Google : Define

Wednesday, September 22, 2004
Malas betul aku nak update blog lately nie.. Nothing special happens to me over this few days. Hari ni aku nak cite pasal Google. Kita semua slalu guna google ni kan bila nak search sesuatu. Hari ni aku nak kongsi skit salah satu function dalam google iaitu define. Aku rasa ramai yang dah tau, tapi just to share something today...

Function nie leh kira cam dictionary la jugak. So senang dan mudah. Aku akhir2 nie banyak guna define nie esp bila aku nak tau something pasal IT. Cthnya term2 ataupun standard or protokol. Just taip define:[ur word].

Cthnya tadi aku nak tau pasal SIP (Session Initiation Protocol). AKu just taip define:SIP kat dalam kotak google tu dan hasilnya.. Banyak la definition SIP yang keluar beserta dengan URLnya.. antaranya..

a small drink
www.cogsci.princeton.edu/cgi-bin/webwn

drink in sips; "She was sipping her tea"
www.cogsci.princeton.edu/cgi-bin/webwn

Session Initiation Protocol
exp.telecomitalialab.com/exp-portal/glossary/

Short for Session Initiation Protocol, SIP is an Internet Engineering
Task Force (IETF) standard protocol for initiating an interactive user session
that involves multimedia elements such as video, voice, chat, gaming, and
virtual reality. SIP works in the Application layer of the OSI communications
model.
www.networkmagazineindia.com/200112/glossary1.htm

State Implementation Plan
www.akaction.net/pages/glossary.html


So selamat mencuba...


Vacation & MATTA

Saturday, September 18, 2004
Hari ni MATTA start kat PWTC. Cadangnya esok nak pegi ushar kalau berkesempatan. Terasa cam nak bercuti la pulak. Si Isman sibok pembakaran nya dengan pulau.. Kejap Redang la.. kejap pulau Sibu la.. Hehehe.. Apa kelas 2 bintang! kui!

Smlm tengok kat paper, advert pasal MATTA and promotion dah berlambak. Antaranya aku tertengok Berjaya Redang wat promosi 3D2N start from RM 338. Tapi with term & con la kan..

Aku sebnarnya teringin nak ke Nexus Karambunai.. Maybe esok is the time utk aku survey harga.. Last MATTA nya target pun tak tercapai.. Actually aku ngan my sis plan nak ke Korea mulanya.. Then attract nak ke Bali plak.. Last2 tak jadi pasal date yg available masa tu dah masuk bulan puasa.. Kekeke so terselamat la duit aku..

Satu lagi yg dah lama aku nak merasa ialah naik cruise.. Hmm bila la aku ada geng yg leh temankan aku belayar nie.. 4D3N ikut Superstar Virgo.. Harap2 tercapai la hasrat aku ini...

Chow!

Swing My Swing High, My Darling

Wednesday, September 15, 2004
Tajuk di atas adalah nama filem Buai Laju Laju dalam bahasa Inggeris. Baru-baru nie berkesempatan layan filem ni. Jalan cerita dia memang sempoi giler. Tapi mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat. U-Wei memang suka membuat filem berkenaan dengan sesuatu yang berlaku dalam masyarakat.

Filemnya juga jarang memaparkan adengan-adengan di kota. Kalau selalunya filem2 Malaysia gemar mempertontonkan keindahan KLCC dan bangunan2 pencakar langit di KL tetapi tidak bagi U-Wei. Dia lebih suka memaparkan pekan-pekan kecil dan realiti kehidupan sebahagian besar masyarakat Malaysia ataupun melayu khasnya.Lihat saja filem seperti Perempuan, Isteri & ... , Jogho, Kaki Bakar.

Sinopsis cerita.

Getting off a lorry with a punctured tyre, Amran a drifter arrives at the premise belonging to Ibrahim a rich older man married to a younger beautiful woman called Zaiton. They live in a house that has a restaurant next door and where Zaiton works. Unable to pay for the food he has eaten at the restaurant, Amran agrees to do some manual jobs instead. Zaiton flirts with Amran who ends up working and staying there. Zaiton likes getting what she wants and gets Amran involved in murdering her husband Ibrahim. After the murder, which they make to look like an automobile accident, someone black mails them by sending pictures of them at the accident site. Zaiton has transferred all Ibrahim’s property into her account. Fearing the police Amran traces the sender - a photographer who he catches up with later in the town’s gardens. After taking all the pictures and negatives, Amran asks Zaiton to run away with him. Zaiton agrees to run away that very night. Whilst driving Zaiton takes the wheel, a car passes and pushes them to the side that causes a punctured tyre. Amran jumps from the car but before Zaiton can also jump the car explodes. Amran is sentenced to jail for the murder of Zaiton.


Personally aku memang suka cite nie.. Sempoi dan realistik.. Lakonan Eman Manan memang mantap gile. No doubt la dia menang trofi FFM baru2 nie.. Cuma yang sedihnya ada beberapa scene dalam cite nie yang kualiti gambarnya agak teruk.. Maybe pasal di rakamkan dalam format digital. Other than that, filem ni ok.

Tu jer. Malas nak komen panjang2..

Cheers!

Career Talk

Saturday, September 11, 2004
Semalam aku pergi ke Plaza Sentral ngan Sen utk dgr satu talk yang dianjurkan oleh Jobstreet.com. Lebih kurang pasal future in programming in Malaysia.

Menarik dan sempoi.. Tu lah yang boleh aku katakan.. Kebanyakan explanation dan sample dia kena atas batang hidung sendri... Hehehe

Antara isi kandungannya.. (yang mana aku ingat la..)

1. Jgn bandingkan kita dengan
- rakan sekerja
- rakan seuniversiti
- top programmer di kompeni atau di Malaysia

TAPI comparekan diri kita dengan programmer dari State (barat)

2. Jgn kedekut. Share knowledge dengan orang lain. Involve dengan menghantar kod2
ke top source code website.. (buktikan Malaysia Boleh.. hehe)

3. Don't stop from learning even from your junior staff. Jangan malu bertanya esp
dengan benda baru..

4. There's no one man show in IT project. So work in the team. Jgn try jadi Rambo.

5. Stop dependent dengan org lain. Cth selalu mharapkan rakan yg pandai @ rakan
sekerja. Bertanya boleh tapi jangan bergantung harap..

6. Tiada yang mustahil. Kalau org lain leh buat.. Kita pun sama.

7. Balance kan antara delivery dengan perfect. Cthnya kalau program perfect tapi
tak deliver within time given.. tak guna juga

8. Selalu motivate ourself. Utk selalu eager to know latest technology.

9. Jangan jadi tailor. Cthnya just cut n paste program selalu without faham. So
nnt takut ada masalah dalam support and maintenance.

10. Know googles. Tau camne nak cari maklumat secara independent. Gunakan internet
dengan sebaiknya..

11. Selalu buat own research. Come out dengan projek sendri in order to learn new
technology.

12. Good to learn C / C++ .


tu je la yg aku bleh ingat... Sen kalau ada nak tambah sila letak dalam comment.

Cheers!

PGL..

Wednesday, September 08, 2004
Hari ahad lepas aku layan PGL... Sebuah filem termahal dalam sejarah Malaysia setakat ini. Promosinya juga adalah yang tersohor bagi sebuah filem melayu.

Bagi aku filem ini dibuat dengan cukup teliti dari segi pemilihan pelakon, prop dan skor muzik. Walaupun tak terbaik tetapi at least mereka telah cuba memberikan yang terbaik. Sinematografi dia pun sangat cantik. Percubaan bermain dengan kamera juga bagus walaupun di lihat cuba meniru spt filem Hollywood dan Hong Kong. Keberanian dan kesungguhan menerbitkan filem ini haruslah dipuji. Walaupun ada beberapa kecacatan di sana- sini tapi bagi aku still boleh di maafkan

Jalan cerita dia slow skit. Biasalah filem ini cuba diangkat sebagai sebuah filem epik. Terdapat beberapa babak dan adengan yang aku tak berapa suka dan aku rasa tak berapa perlu untuk filem ini. Dari segi pertarungan, aku rasa filem ni perlu buat yang lebih baik lagi. Semuanya digambarkan dengan terlalu ringkas. Cthnya waktu kerajaan Demak menyerang kampung2 di Majapahit. Dan pertarungan Hang Tuah dan Adi Putra pula seperti anda menonton filem Hero dan Crouncing Tiger...

Tapi aku suka bagaimana babak bagaimana cendiakawan melaka merungkaikan permintaan puteri gunung ledang dan bagaimana PGL yang muncul kemudiannya menerangkan setiap maksud dalam permintaannya. Juga bagaimana ditekankan bahawa permintaan itu adalah satu simbol penolakannya. Amat menarik bagi aku..

Untuk keseluruhan filem ini aku rasa memang OK. Walaupun ada beberapa plot yang lemah. (hehehe) Pelakon2 dia pun memberikan persembahan yang baik bagi setiap watak. Sayang sekali watak Tun Teja tidak begitu dikembangkan.. Untuk pelakon2 pembantu pula memang PGL semuanya hebat2 belaka.

So sapa2 yang belum tgk lagi sila la ke pawagam.. hehehe Jangan la nak tunggu hari raya 5 tahun akan datang utk trengok PGL kat tv.. :)

Selamat...

Friday, September 03, 2004
Baru lepas mengadap bos tadi... Alhamdulillah terselamat jugak akhirnya.. Sib baik la aku sorang2 je ngadap benda nie so aku di kekalkan.. Cuma kena kerja lebih kuat.. Dalam banyak2 budak dalam probation.. Aku sorang je yang tak kena... Perghhh tipis jugak tu.. Tapi still tak selamat mana lagi.. Aku rasa kalau the next step for sure aku yang kena kalau projek yang aku handle tu still tak up...

So itu je update dari aku petang nie... Syukur...

Malangnya Oh Nasibku...

Semalam angin romours bertiup kencang di kompeni baru aku ini.. Kompeni aku nak retrench orang.. Hampir separuh yang akan dibuang.. Ini kerana salah satu peraturan dari Bank Negara yang membuatkan kami akan kehilangan hampir seluruh projek dari salah sebuah bank terkemuka di negara ini...

Semalam aku balik awal... 4 orang member aku dah dapat surat.. Sampai 30 hb ni saja.. Dengar nya department aku akan ada 4 orang lagi yang akan dapat surat hari ini.. Kebarangkalian aku untuk dapat surat tu amatlah tinggi.. Pasal aku antara orang yang baru.. Confirm pun belum lagi... Dengar kata semua yang dalam probation akan kena... So sekarang ni aku hanya tunggu boss aku sampai dan panggil aku ke dalam bilik... Hati kecil aku dah kata aku akan kena...

Apalah malang nya nasibku.. hehehe baru je tukar keje dah nak kena benti la pulak... Takpe.. Rezeki ada di mana-mana asalkan kita rajin berusaha ye dak...

Wish me luck...

p/s: Lepas kena panggil ngan boss aku kang insya allah aku akan update lagi di blog ini... hehehehe

Saman...

Thursday, September 02, 2004
Semalam petang aku nyaris nak kena saman... Waktu tu aku, bejek ngan Mizwan nak pegi Citibank untuk bayar hutang CC aku.. Kat Jln Sultan Ismail nak membelok ke Jln P Ramlee (depan Emporium lama) aku dengan tenangnya melanggar lampu isyarat merah.. Ye la nak belok kiri jer.. Lampu tu pun baru je tukar ke merah.. Di tambah pulak dengan pembakaran bejek.. makin laju la aku tekan pedal minyak tu..

Belok2 je kiri... Berlambak2 polis sedang menjalankan operasi.. So kete aku pun dengan tenangnya di tahan oleh Polis.. Abis la dalam hati aku... Melayang la lagi duit aku.. kekeke..

Polis tu macam biasa la membebel dulu marahkan aku.. Katanya.. bahaya la apa la.. Aku macam biasa la mintak maaf... Sekali dia tanya nak g mana? Aku cakap nak g bank jap..

Dia tanya lagi keje kat mana? Aku dengan tenangnya kata belajar lagi.. hehehe... Pehtu dia macam tulis saman dan pegi ke depan dan belakang kete aku.. Ushar nombor plate la tu...

Skali dia datang ngan aku dan boleh tanya.. "Ni nak saman ke tak nie".. Aik lain macam je bunyi polis nie.. Pada firasat aku .. nak duit le tu.. Cehh sori gua nak kasi rasuah kat polis.. So aku pun berkata dengan tenang.. "Kalau boleh, tak yah la saman.. Kalau nak saman jugak saya nak buat camne.. Itu je yang boleh saya kata skang nie.. Yang lain saya tak mampu nak buat.. " hehehe ayat pancing skit.. Last2 dia kata "OK , saya bagi amaran terakhir. Lain kali jangan buat lagi"..
Hehehe aku cakap "Terima Kasih" dan Yahoo... selamat aku dari kena saman..

So moral of the story.. Jangan la melanggar peraturan lalulintas ketika di jalanraya.. dan jangan la sesekali cuba memberi rasuah ke Polis walaupun setelah di kasi pantun untuk berbuat demikian..

p/s: sapa nak cuba skill aku mengayat polis di persilakan.. kadang2 jadik.. tapi kadang2 kena saman gak...