<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7832147\x26blogName\x3dAn+ordinary+life+of+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bayerm.blogspot.com/\x26vt\x3d-8533331464891771839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Gaji

Wednesday, March 28, 2007
Kita sering di ingatkan kerja itu ibadat.. Tapi tak dapat lari, kita kerja kerna mahukan upah atau gaji. Dalam islam tu di anjurkan kalau boleh kita di bayar upah sejruus selepas kita selesaikan kerja itu iaitu sebelum kering peluh di dahi kita dah bleh dpt upah atau ganja-ran.

Kalau kita tak dapat gaji sampai 3-4 bulan, agak2 nya kita nak datang kerja ke tak? ataupun kita nak kerja sungguh2 ke tak? Hmm tepuk dada tanya selera.. kalau aku pun mau aku duk umah je kalu dah sampai camtu.. So inilah di kahabarkan terjadi kat ehem ehem tu.. So aku tak heranlah dengan keputusan2 yang terhidang kini cuma yang aku heran, pasal la mereka-mereka ini masih lagi mahu meneruskan kerjaya mrk di situ padahal perkara ni bukan perkara baru. Tahun lepas pun sama jugak, yg korang pegi extend kontrak tu apa pasai?

Mungkin takutkan seseorang ataupun mungkin di janjikan dengan seribu kata2 kemanisan, so kepada pihak pengurusan terlibat, tolonglah, tak reti2 ke nak belajar mengurus dengan betul. Ni ada ke patut bagi komen saya tidak tahu menahu.. iee menci.. siapa yang harus di persalahkan.. hehehe biasalah nnt ada kambing hitam yg akan dipersalahkan..

Pindah?

Monday, March 26, 2007
Teruja pulak baca kisah Wohlee nak pindah rumah... Teringat plak rumah aku yg nampaknya macam dah siap tapi stil tak dapat2 lagi CF nya.. Sebnarnya elok gak lambat bleh pindah ke rumah baru nie pasal budget masih ntah ke mana lagi.. Nak buat grill lagi, buat wiring dsb.. tanya pengalaman2 kawan2 yg masuk rumah baru bleh tahan gak makan dalam dia nya costing.

Cerita pasal pindah, sebnarnya hati ada sikit berbelah bagi nak pindah nie, puncanya environment skang kat tempat aku stay mmg best.. keakraban ngan jiran2 mmg dah tahap superb.. aku pun suspecta ngan semangat diaorg.. ramai dah tau aku dah beli rumah kat Tainia tu, diaorg semua sibuk racun aku suh sewakan umah sana and stay sini.. Hehe tak praktikal langsung idea tu.. penat2 aku beli umah nak kasi orang duduk plak.. pastu nak bayar lak sewa kat orang lagi.. nasib baik la jarak dia tak jauh mana, so stakat nak jumpa and lepak balik tak jadi masalah.. aku tengok pun seblom2 ni, mana2 geng yg rapat, walaupun dah pindah, tapi hubungan tu stay masih ada, sekali skala diaorg dtg gak bertanya khabar.. Kalau ada event2 bosa, kitaorg still jemput diaorg lagi.. Itu yang kami mahu.. silaturrahim sentiasa terjalin.. Insya Allah, kalau ada sapa2 yg nak jual rumah kat carmila tu akan ku gagahi untuk membelinya di kemudian hari.. bukan apa, masjid pun insya allah sebrang rumah je nanti..

Walau bagaimanapun keadaannya, tidak lama lagi mereka akan kehilangan seorang AJK Sukan dan Kebudayaan yang amat berdedikasi ini.. Kekekeke

Errr semua jadi ok... & LRT sucks

Friday, March 23, 2007
Sebnarnya entry ni dah lama aku nak posting. Cuma kononnya tiada masa dan ketika. Seblum tu nak cite hal pagi nie dulu. Cam biasa LRT mengalami masalah lagi sekitar jam 8-9.30 pagi tadi. Ada masalah antara KJ ngan Asia Jaya katanya, so yg jadi mangsa adalah penumpang, dgn kepadatan ala2 tin sardin dan dengan kelajuan ala kura-kura. KJ - KLCC dlm 1 jam 15 minit.. Memang shilakee... *nasib aku ada meeting pagi nie, kalu tak jangan harapkan aku nak naik LRT awal2 camnie...

Rasanya dalam 2 tahun kebelakangan ni dah berapa kali LRT ada problem. Sebelum Rapid ni take over, takde la selalu sangat problem LRT nie.. maybe sebab dah makin berumur LRT nie (bersangka baik) ataupun ada sebab2 lain.. Dalam kerajaan nak menggalakkan rakyat dia menggunakan perkhidmatan awam, kalu selalu jadi camnie, lama2 bosan la gak nak layan LRT nie.. hehe baik jogging sajork pegi ofis..

ok abis bab LRT nie... kembali ke topik yg utama yg kian lama terpendam dalam sanubari aku nie. Hehehe.. Lately ni aku tgk makin ramai yang cakap tak serupa bikin atau dengan bahasa kasar nya ialah jilat balik lu punya ludah.. Hehehe.. Bila ni berlaku macam2 la alasan diaorg tu.. Ieee nyampah.. Biasa la kadang2 faktor ekonomi dan peluang terbuka membuatkan kita leh tolak dulu prinsip2 yg dulu2 kononnya kita perjuangkan.. Iee menci.. Ada yg dulu marah-marahkan artis luar, last2 berkongsi pentas dengan artis luar.. ada yang kutuk2 program realiti, last2 dia plak jadi kepala itu program.. tak dapat jadi kepala, jadi pengkritik tetap pun jadilah.. muehehehe... tu tak masuk yang lain2 lagi... kalu bab politik ni jangan cakaplah... dulu musuh ketat sekarang bleh kongsi seluar dalam... kekeke..

* teringat dulu bila ada mamat nie buat perkara yang hampir sama, banyak kawan2 lama dia tak boleh terima keputusan dia dan ada yg terus tak respecta sama ini olang lagi...

Ok chow!...

Paneh punya pasal...

Wednesday, March 21, 2007
Smlm tetiba datang mood tak baik aku. Secara tiba-tiba aku membuat keputusan drastik ini...

Nakamichi PA-4100 Power Amplifier



+

Kicker Comp 12" Component Subwoofers



+

MTX Audio 6" Component Speaker



+

2 pair of Rockforge Fosgate Twisted Pair Signal Cable




Budgetnya?? Jangan risau, Citibank akan uruskan semuanya.. muehehehe

Welcome onboard to CBB...