<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7832147\x26blogName\x3dAn+ordinary+life+of+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bayerm.blogspot.com/\x26vt\x3d-8533331464891771839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Setlist di awan biru

Monday, August 03, 2009

Beeha

Friday, July 31, 2009
Selepas meracun sumi dengan Naff Accoustic, kini saya berjaya pula meracuni dia dengan Beeha..

Kepada kawan2 sekalian mari kita layan Beeha. My faveret song is Inilah aku.

http://www.reverbnation.com/controller/audio_player/detachable_player/artist_476680?autoPlay=true


Pengalaman saya bersama Manchester United

Tuesday, July 21, 2009

Malam tadi gua berjaya menonton perlawanan kedua Manchester United menentang Malaysia. Gua pergi pun menemankan kakak gua dan anak2 buah gua. Tambahan pulak ada jemputan dari pihak FAM, kang nnt kena buang pulak gua dari Exco FAM. Tu belum lagi gua takut Presiden murka. So gua pergi juga lah memenuhi jemputan ni.

MU lawan Malaysia pun dah kucar kacir, Rooney tak dapat score boleh pulak emosi pegang2 telinga. Apa kes? tu belum lagi lawan Chelsea atau Arsenal hehe.. Mau sawan agaknya Rooney nanti. Malaysia ada juga satu dua peluang. Kira ok la main walaupun tewas 2-0. Bebudak ni kira dah ada konfiden skit pasal aritu dapat score 2 gol. Dah bleh plak bawa bola jauh2 sampai ke pemain lawan dan hilang bola. Tapi overall kira ok la bebudak nie.. Last2 2nd half boleh manage bola dan create chances. Tapi sengap plak bola tak mau masuk gawang, kalau tidak best jugak tengok MU kena.

Bab yang paling gua suka ialah half time, pasal time tu gua boleh melantak makan secara percuma. Sampai game dah start second half pun gua tenang je minum2 nescafe tarik di dalam tu. Memang heaven la nescafe caterer tu buat.

Habis game gua lepak2 tengok player2 masuk ke bilik persalinan. Sekali ntah macam mana Paul Scholes boleh kasi jersi dia kat anak buah gua. Nasib baik dia kasi anak buah gua, kalau dia kasi gua memang gua pulang balik lepas lap peluh macam dalam iklan Pepsi tu . Bahana dapat jersi tu gua nak balik pun tak senang. Semua orang duk nak amik gambar anak buah gua dengan jersi tu. Esok kalau ada dalam paper lu orang nampak muka gua lu orang jangan plak email kasi Ancelloti, nanti marah plak dia. Tapi still ok lagi pasal gua pun pakai baju FAM time tu, so kira takde la MU sangat penampilan gua.

Penyokong2 MU ni ada yang taksub dan over2 siap pegang2 baju dan bergambor.. Tu tak masuk yg duk cium2 baju tu lagi.. Busuk wei bau peluh Scholes tu..Anak buah gua pun dah macam celeb gua tengok. Ada yg offer nak tukar dan kasi cash RM 500 tapi anak buah gua tak mau, ishh agak2 kalau gua cilok pastu lelong kat ebay berapa gua boleh dapat ini jersi?
Dah penat melayan diaorang ni ambil gambar and so on, akhirnya baru la gua boleh balik sambil gua acting sebagai body guard anak buah gua. Mana tau ada komplot jahat yg nak culik dia untuk dapatkan baju no 18 tu. Akhirnya anak buah gua selamat sampai ke kereta dan bertolak pulang ke rumahnya dengan mimpi yg indah. Gua syak dia tak boleh tido malam nie.
Oh ya gua ada jumpa Izeck time tengok game nie.

Lets Rocking

Tuesday, July 07, 2009

Tiket Di Awan Biru telah berjaya di miliki... Tq kepada bro Zaini dan Din kerna memudahkan pembelian ini.. So lets rocking... Jumpa di sana...

Perasaan saya pada awal pagi semalam...

Thursday, May 07, 2009
Gol... gua bersorak girang dalam hati... Bising2 nnt bangun pulak anak dara aku sorang tu... Essien did it again... Pastu cam biasa Barca control game. Hati gua kurang riang sedikit, selalu kalau Chelsea lead ni lain macam sikit...

Satu demi satu kebangapan Drogba, Anelka dan Referee berlaku.. Gua dah syak sesuatu, selalu kalau camnie mmg petanda nak kalah, tapi dalam hati gua buat2 girang sambil melagukan lagu La La La ala Meet Uncle Hussien.

Skali ref buat kelakar lagi.. Cilakak Anelka, apsal lu tak tahan bola tu dan score je.. Sian si Abidal jadi mangsa lakonan dia.. Hati gua lega sedikit, tapi masih berdebar2 lagi... Lepas tu Chelsea dapat a few chance lagi sambil Barcelona seperti biasa dengan posession dia tanpa ada satu pun attempt on goal...Sambil2 itu, gua dah berangan2 sedang naik kapal terbang ringan melihat keindahan gunung pinatubo di Filipina...

Tit Tit, sms masuk, nanti kita jumpa di Rome.. Wah gila kondifen je mamat yg anta sms kat gua tu.. Perlawanan berbaki 5 minit lagi.. Gua berharap supaya Ref meniupkan wisel secepat mungkin... Injury time... Ada beberapa lagi insiden kebebalan referee. Gua sudah malas nak ambil port.

Tinggal 1 minit setangah lagi.. Skali Essien miss kick untuk clear bola.. lorongan kepada iniesta dan GOLLL.... memang gua rasa amat tak best waktu tu.. tinggal 25 saat untuk cari gol kedua.. harapan agak tipis... Mau saja gua karate televisyen nipis gua time tu...

Empat minit kemudian wisel penamat di bunyikan.. Bertalu2 SMS masuk.. cilakak tadi tak mau pulak SMS... Perasaan gua waktu tu bercampur baur.. Geram pun ada kecewa pun ada.. Tapi biasa la kan bolasepak.. Gua masih boleh terima lagi... Drogba ngan Anelka pun satu bahlol, dah tak boleh nak score gol pastu nak marah2 Ref,apa kess? Drogba paling marah sampai nak makan ref tu dia punya protes.. Gua pun rasa cam nak protes, mau saja gua EL dua minggu sebagai tanda protes gua.

Kalah tu gua takde hal sangat. Pembakaran2 kata2 nista tu gua boleh handle lagi. Tapi bab nak cari duit untuk tiket penerbangan pergi balik ke Filipina tahun depan tu mmg gua tengah stress sekarang nie.. Cilakak!...

Tit Tit "Welcome to Philippines.." sms masuk dari rival gua... Gua buat2 tidur walaupun mata sukar untuk di pejamkan...

Susu tidak berlabel...

Thursday, April 09, 2009
Semalam jam 3.15 pagi...

Di kaca televisyen... 20 orang bodoh sedang mengejar sebiji bola... Liverpool 1 - Chelsea 0....

Fatin menangis... aku bangun dengan kadar pantas dan ambil botol susu, stok susu di dalam tupperware biasa dah abis.. kelihatan kotak susu Enfa yg masih tidak berbuka di sebelah tupperware tersebut... Aku ushar atas peti, ada susu tepung dalam tupperware satu lagi. Cantekk tak payah aku bukak kotak susu baru... Dengan kadar gaban aku siapkan susu itu dan bagi ke Fatin.. Dia diam sambil menyusu manakala aku meneruskan melihat manusia2 bodoh mengejar sebiji bola...

Priittttttt Di kaca televisyen menunjukkan Liverpool 1 - Chelsea 2.. aku gembira dan tido...

Hari ini, jam 12 tengahari..

sms diterima

dia: Smlm fatin x nangis nak susu ke?
aku: ada, papa buat pakai susu atas peti tu...
dia: tu susu AMMUM mama la...
aku: apa...?

p/s: agak2 ok tak kalau budak minum susu formula orang dewasa???

Moral : Sila label sus tepung anda.. Tu nasib susu, kalu tepung gandum camne?

PKR 2 - BN 1

Wednesday, April 08, 2009
PKR dapat bukit manakala BN berjaya menguasai batang...

Tahniah!