<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7832147\x26blogName\x3dAn+ordinary+life+of+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bayerm.blogspot.com/\x26vt\x3d-8533331464891771839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Kerja 5 hari seminggu..

Tuesday, May 31, 2005
Kakitangan awam bakal menikmati semula elaun sara hidup dan bekerja 5 hari seminggu. Kerajaan pada dasarnya telah bersetuju. Apa pandangan anda? Bagi aku memang bagus kerja 5 hari seminggu nie pasal biasanya hari sabtu tu bukannya produktif sangat. Aku pun pernah sekejap bekerja ngan kompeni yg beroperasi pada hari sabtu minggu seperti kakitangan awam dulu. Memang hari sabtu tu kadang2 cam syarat je pergi ofis..

Banyak jugak kebaikan nya pada pekerja kakitangan awam nie. Cuti 2 hari seminggu tu bolehlah digunakan sebaiknya untuk balik kampung ataupun melancong di dalam negeri. Tak pun kalau malas sangat boleh la berehat di rumah bersama keluarga tersayang.

Cuma aku rasa untuk kaunter2 awam kerajaan dan jabatan2 yang terlibat secara langsung dengan orang awam seperti JPN,LHDN,Imigresen dll patut mengambil kira untuk membukanya pada hari sabtu seperti biasa. Rotate la kakitangan yang akan bertugas dan gantikan off day mereka pada hari lain selain sabtu. Sebabnya, senang skit orang nak berurusan dengan kerajaan. Ye la hari isnin ke jumaat bekerja, so selalunya hari sabtu la hari membayar bil dan membuat urusan kerajaan. Takkan nak cuti kot setiap bulan.. hehe. Bank pun harus lah menimbangkan perkara nie. Walaupun sekarang nie dah banyak transaksi secara online dan menggunakan mesin, tapi certain2 perkara kita masih perlu pergi ke kaunter untuk berurusan.

Other than that, aku rasa ok jenak buat perlaksanaan 5 hari bekerja nie. Di harap kakitangan sektor awam akan dapat meningkatkan produktiviti dan mutu kerja setelah mendapat bekerja 5 hari seminggu dan elaun sara hidup nie..

Chow!

Transit

Dah beberapa kali aku terlayan siri Transit kat Astro Ria..

Layan gak beb!.. Host dia Andy Flop Poppy.. Bebaru ni dia pegi tour satu Turki termasuklah Istanbul.. Program ni kira santai dan tak berapa formal.. Dari segi isi tempat2 menarik tu maybe kurang tapi cara persembahan tu aku suka la.. Selamba jer.. Skrip dia sempoi giler.. Ditambah plak ngan muzik background dia yang best giler aku rasa..

So ok la jugak kan layan Transit nie.. Kalaupun x mampu nak melancong ke luar negara tengok dlm TB pun jadilah.. hehehe

Ok habis bab transit..

Ni nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Razif Mohazar dan isteri...
p/s: sedap rendang dendeng kenduri lu..

Chow!

Rosak player di keretaku..

Saturday, May 21, 2005
Masuk kembali bekerja hari ni selepas 2 hari EL..


Skang nie tengah tensen.. Xplod ko mengalami masalah teknikal... huhu.. takleh nak dengar radio skang nie.. Banyak sangat noise.. Kadang2 OK kadang2 ampess.. So terpaksa la aku melayan CD2 yang aku dah bosan dengar..

Dah g bawak kedai test.. Confirm player nya built-in receiver utk radio ada problem, pasal dah try test ngan antenna baru tapi still problem..

Nampak gayanya setiap 2 hari kena la aku beli CD baru or burn lagu2 terkini... hehehe...

p/s: Al fatihah buat arwah Pak Anjang.. Semoga di cucuri rahmat.. Juga kepada Hjh Kamsri Bt Mat Seh, semoga cepat sembuh.. Amin...

Polis Idaman..

Wednesday, May 18, 2005
Semalam, Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan laporannya setebal 634 muka surat dan di jual kepada orang ramai yg berminat.

Suruhanjaya telah mengemukakan 10 teras strategik yang turut mengambil kira keupayaan dan kebajikan anggota polis bagi menjadikan pasukan itu sebagai satu organisasi moden, cekap dan dihormati.

Aku sempat baca jugak ringkasan dari cadangan2 diaorang nie.. Banyak jugak yang benar dan rasional aku rasa. Semoga pengurusan dan perjalanan PDRM nie makin cemerlang dan berkesan sesuai dengan slogan mereka, Cepat dan Betul.

Kebajikan dan kemudahan mereka perlu di pertingkatkan. Selain daripada boleh mengurangkan gejala rasuah, ia juga boleh meningkatkan mutu perkhidmatan yang mereka berikan. Institusi kepolisan nie mmg penting dalam menjamin kesejahteraan dan keamanan negara terutamanya dalam membendung dan membanteras jenayah..

berikut adalah 10 teras strategik yang di cadangkan oleh suruhanjaya..

10 teras strategik
1- Memodenkan peranan, fungsi dan organisasi PDRM
2- Melancarkan gerakan di seluruh negara untuk memerangi jenayah
3- Menambah baik siasatan polis
4- Membasmi rasuah polis
5- Memastikan sistem kepolisan mematuhi undang-undang yang termaktub dan kewajipan hak asasi manusia
6- Meningkatkan kesedaran dan amalan mematuhi hak wanita dan kanak-kanak
7- Menambah baik perjawatan, saraan dan skim perkhidmatan
8- Meningkatkan pengurusan sumber manusia dan prestasi
9- Meningkatkan peralatan dan logistik
10- Menyediakan perumahan dan premis kerja yang lebih baik.

Syabas diucapkan kepada Suruhanjaya yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan juga kepada PM kita yang berusaha memartabatkan PDRM di mata rakyat.

Chow!

Xtvt weekend

Tuesday, May 17, 2005
Semalam penat jugak berjalan.. Memula menerima kunjungan Salman & Gunx sekeluarga.. Then pastu g umah sgarul untuk berjumpa ngan Hanim (x jumpa pun akhirnya..).. Hehehe pastu layan plak ke Kota Warisan di Sepang utk satu majlis house warming party.. Sabtu lepas lepak2 mengimbas kenangan lalu di Kelaput.. Cuma masa banyak dihabiskan utk servis moto CAA aku.. hehe.. Dah berjaya bawak balik ke KD (thanks mizwan) .. so pagi smlm CAA dah beraksi utk membeli paper di pagi hari.. hehehe


AY in action..


AY dengan apanya..


mama naim & mama AY


Naim & Papanya..


Haykal & mamanya..


Naim in action..

Hari Meeting Sedunia & Selamat Pengantin Baru Syed Nasir!..

Friday, May 13, 2005
Hehehe semalam satu hari aku meeting.. Satu haram kerja pun aku tak buat.. Tension tull... Dah nak jadi cam Jay la plak aku nie.. *Ni kalau Jay baca nie mau gelak dia.. :) Bila dah lama sangat meeting cum diskusi nie lama2 cam dah takleh nak pk dah.. hehe.. camne la Jay meeting smp 7 jam ekk.. :p

Smlm dpt kad jemputan kawin dari Syed Nasir.. Tahniah bro.. Syed Nasir a.k.a Saidol nie adalah rakan sekolej baik di KMKN maupun di TNB.. Nak dikira banyak jugak jasa dia kat aku.. Saidol banyak membantu esp dlm bab2 study nie.. Kira kalau batch aku dulu, mmg otai la mamat nie.. Penerima anugerah emas utk IT... Rasanya tak dapat hadir la geng..

Selamat Pengantin Baru Saidol.. Semoga bahagia selamanya.. Jasamu tetap akan ku kenang seperti lagu Junction tu.. hehehe

Tentang Dia

Tuesday, May 10, 2005
siak je tadi tulis panjang2 blackout plak.. damm!.. hehe



Jumaat lepas sempat layan Tentang Dia kat MV sblm balik ke Temer..

Satu cerita cinta yang penuh dengan kesedihan, kekalutan, kemarahan, kelam dan kekecewaan bagi aku. Satu konsep dan tema yang berlainan sekali dgn AADC walaupun dari pengarah yg sama. *Hehe x macam pengarah dr Malaysia yg suka mengulang-ulang formula yg sama bagi setiap filem keluarannya..

Filem ini juga secara tidak sedar menceritakan tentang cinta yang mendalam dan juga tentang kasih sayang sesama insan yang ikhlas dan tulus. Watak utamanya di pegang oleh Sigi Wimala sebagai Gadis. Seorang gadis yang penuh dengan kesedihan dan kekecewaan ekoran dari peristiwa silam. Aku malas nak cite pasal jalan cite dia.. Kang tak syok plak bagi sapa2 yg belom tengok cite nie..

Tapi aku suka dengan watak yg di bawa oleh Adinia Wirasti sebagai Rudy. Sempoi dan bersahaja je dia bawak watak nie.. Watak dia pun cukup raw aku rasa. (Teringat watak Elly Suriaty dlm Spinning Gasing di awal cerita). Aku rasa watak Rudy telah menenggelamkan watak Gadis dlm cite nie. Fauzi Baadilla sebagai Randu juga tidak mengecewakan... Kadang2 kelakar dan sakit hati jugak tengok watak dia nie..

Melihat filem nie, kadang2 buat aku rasa jeles dengan keupayaan pengarah dan pembikin filem dari Indonesia yang berjaya membuat filem2 remaja sedemikian rupa. Di tambah plak dengan susunan muzik dan lagu oleh Melly. Cerita ini haruslah dicemburui jika dibandingkan dengan deretan filem2 kisah cinta di Malaysia (kecuali Sepet).

Beberapa scene yg aku suka dari cite nie:

1. Scene Gadis di tengah2 roundabout yg lenggang di tengah2 kota..

2. Scene Rudy menjelaskan kepada Gadis sambil diganggu oleh bunyi bising dan kenderaan yang lalu lalang di depannya. (Ada sebab kenapa Rudy buat camnie..)

3. Scene Gadis termenung.

Overall jln cite dia slow skit sebnarnya.. Kalau x sabar mau keluar panggung dibuatnya.. hehehe.. Tapi kalau di amati ada banyak maksud tersirat dari dialog dan sinematografi cite nie.. :) (poyo nya aku..)

Tapi ending dia cam besa je bagi aku.. Agak predictable la setelah mengetahui apa kisah sebenarnya yg berlaku..

Pada sen, g la bawak liza tgk cite nie cepat2 (* kalau blom layan la... )

Kepada sapa2 yg rajin nak tgk wayang or beli vcd.. layan la cite nie dan bandingkan dgn cite2 remaja dari Malaysia...

Conclusion:
- tak yah amik pelakon2 yg terkenal dan lawa2 jer. cite pun best gak..
- tak yah nak dedah2 sangat dan cium2 pun leh wat cite.. hehe
- manusia slalu bersangka buruk bih2 kalau ada org yg baik ngan kita (+ ada org yg cucuk plak..) hehehe

Ok la dulu.. Chow..

Balikkk Kampung...

Saturday, May 07, 2005
Insya Allah malam nie nak balik ke Temer.. Dah lama dah tak balik ke kg.. Esok malam ada kenduri arwah.. (p/s: gunx, sen, nyet kalau on the way to leh la singgah makan free..). Lama dah jugak x balik Temer nie.. Lately ni sibuk skit tambahan plak June kadang2 keje hari sabtu.. So dah x flexible cam dulu every week bleh nak balik kg kalau nak..

Esok is my sister birthday.. Happy birthday Sis.. Hehehe kopak duit adikmu ini membeli hadiah semalam.. But sblm balik mlm nie nak celebrate dulu birthday Mok Ye (June's Auntie) kat KL.. Then maybe grab the chance to watch Tentang Dia at MidValley before heading to my hometown Temerloh..

Lama dah dah jumpa Hj Manaf.. Kinda miss of him.. And off course all my beloved anak2 sedara yg nakal.. Hehehe miss u all too especially Zarith... A lot of work due next week.. but have to go back because of this kenduri.. Hopefully all my makcik2 balik la esok.. Hehehe dah lama tak lepak2 ngan diaorg..

Chow!.. Back to work..

Tahniah, petrol naik lagi..

Friday, May 06, 2005
Lewat petang smlm dapat email dari Juraimee mengatakan ura2 harga minyak akan naik di malam hari. Lepak je pasal tak tahu kesahihan berita tu lagi. Skali masa tengah lepak2 minum ngan ofismate kat Syed semalam, dapat SMS dari salman cakap minyak naik harga.. Jeling kat TV mmg tengah cakap pasal tu. On the way back, Isman plak SMS.. Thanks to my frenzs yg prihatin dalam menyebarkan berita..

Petrol naik 10 sen seliter manakala diesel naik 20 sen.. Dalam 2 tahun kebelakangan nie dah berapa kali harga minyak naik.. Syabas kerajaan Malaysia.. Walaupun mereka menanggung subsidi esp untuk diesel, tapi dengan kenaikan harga minyak nie, sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada langsung kepada hampir semua rakyat Malaysia..

Smlm sblm balik umah cam besa singgah di stesen minyak utk kasi full tank (sementara belum naik harga..) perghh cam masa kenaikan sblm nie la.. Stesen-stesen minyak menjadi tumpuan utama malam tadi.. (sblm kul 12 je kot..).. Mencanak kejap sales diaorang malam tadi.. :)

Kepada pihak2 yang terlibat.. sudah2 la tu naikkan rege minyak nie.. hehehe at least dalam 4-5 tahun mendatang nie.. hehehe terasa siut masa nak isi minyak nnt.. Semalam aku full tank RM 51.01.. Pasnie tak tau la plak berapa.. hehehe...

Chow!. Majulah industri petroleum untuk negara.. Jauhi dari penyeludupan diesel...

Tahniah Liverpool

Thursday, May 05, 2005


Huhuhu Chelsea kalah pagi tadi.. Congrats tu Liverpool yang bermain cemerlang mengikut taktikal pengurusnya.. Mereka berjaya mencuri gol awal dan bertahan hebat hingga ke wisel terakhir...

To Chelsea.. walaupun kalah tapi tetap menunjukkan semangat melawan dan kesukanan yang tinggi.. Arghh mengantuk la plak.. :p

Chow!

Omar dah tun....

Tuesday, May 03, 2005
Last sunday, Omar akhirnya telah berjaya melangsungkan pertunangannya... Tahniah bro.. secara tak rasmi, jadi kameran hari tu... Lihatlah keceriaan di wajah Omar ini.. hehehe... P/s: gambar pihak perempuan tidak disiarkan sehingga mendapat keizinan tuan punya badan.. hehehe

Congrats to u too kit.

:p


sukanya dia...


omar, bayam & wohlee... (*yg terbatuk tu bakal pak mertua omar.. hehe)