<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7832147\x26blogName\x3dAn+ordinary+life+of+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bayerm.blogspot.com/\x26vt\x3d-8533331464891771839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Beeha

Friday, July 31, 2009
Selepas meracun sumi dengan Naff Accoustic, kini saya berjaya pula meracuni dia dengan Beeha..

Kepada kawan2 sekalian mari kita layan Beeha. My faveret song is Inilah aku.

http://www.reverbnation.com/controller/audio_player/detachable_player/artist_476680?autoPlay=true


Pengalaman saya bersama Manchester United

Tuesday, July 21, 2009

Malam tadi gua berjaya menonton perlawanan kedua Manchester United menentang Malaysia. Gua pergi pun menemankan kakak gua dan anak2 buah gua. Tambahan pulak ada jemputan dari pihak FAM, kang nnt kena buang pulak gua dari Exco FAM. Tu belum lagi gua takut Presiden murka. So gua pergi juga lah memenuhi jemputan ni.

MU lawan Malaysia pun dah kucar kacir, Rooney tak dapat score boleh pulak emosi pegang2 telinga. Apa kes? tu belum lagi lawan Chelsea atau Arsenal hehe.. Mau sawan agaknya Rooney nanti. Malaysia ada juga satu dua peluang. Kira ok la main walaupun tewas 2-0. Bebudak ni kira dah ada konfiden skit pasal aritu dapat score 2 gol. Dah bleh plak bawa bola jauh2 sampai ke pemain lawan dan hilang bola. Tapi overall kira ok la bebudak nie.. Last2 2nd half boleh manage bola dan create chances. Tapi sengap plak bola tak mau masuk gawang, kalau tidak best jugak tengok MU kena.

Bab yang paling gua suka ialah half time, pasal time tu gua boleh melantak makan secara percuma. Sampai game dah start second half pun gua tenang je minum2 nescafe tarik di dalam tu. Memang heaven la nescafe caterer tu buat.

Habis game gua lepak2 tengok player2 masuk ke bilik persalinan. Sekali ntah macam mana Paul Scholes boleh kasi jersi dia kat anak buah gua. Nasib baik dia kasi anak buah gua, kalau dia kasi gua memang gua pulang balik lepas lap peluh macam dalam iklan Pepsi tu . Bahana dapat jersi tu gua nak balik pun tak senang. Semua orang duk nak amik gambar anak buah gua dengan jersi tu. Esok kalau ada dalam paper lu orang nampak muka gua lu orang jangan plak email kasi Ancelloti, nanti marah plak dia. Tapi still ok lagi pasal gua pun pakai baju FAM time tu, so kira takde la MU sangat penampilan gua.

Penyokong2 MU ni ada yang taksub dan over2 siap pegang2 baju dan bergambor.. Tu tak masuk yg duk cium2 baju tu lagi.. Busuk wei bau peluh Scholes tu..Anak buah gua pun dah macam celeb gua tengok. Ada yg offer nak tukar dan kasi cash RM 500 tapi anak buah gua tak mau, ishh agak2 kalau gua cilok pastu lelong kat ebay berapa gua boleh dapat ini jersi?
Dah penat melayan diaorang ni ambil gambar and so on, akhirnya baru la gua boleh balik sambil gua acting sebagai body guard anak buah gua. Mana tau ada komplot jahat yg nak culik dia untuk dapatkan baju no 18 tu. Akhirnya anak buah gua selamat sampai ke kereta dan bertolak pulang ke rumahnya dengan mimpi yg indah. Gua syak dia tak boleh tido malam nie.
Oh ya gua ada jumpa Izeck time tengok game nie.

Lets Rocking

Tuesday, July 07, 2009

Tiket Di Awan Biru telah berjaya di miliki... Tq kepada bro Zaini dan Din kerna memudahkan pembelian ini.. So lets rocking... Jumpa di sana...