<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7832147\x26blogName\x3dAn+ordinary+life+of+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bayerm.blogspot.com/\x26vt\x3d-8533331464891771839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Minggu yg tak cukup tido dan mengecewakan...

Tuesday, November 30, 2004
Last wiken mmg tak best... 1st jumaat malam tu tak dapat layan futsal ngan bebudak ni pasal kena stay back kat ofis sorang2... Then second nya pasal Pahang gagal ke final Piala Malaysia walaupun dah berjaya memadam defisit dan berlawan hanya dengan 10 orang pemain.. Dosh betul...

Walaupun camtu best jugak pasal pada petang sabtu tu berjaya menganjurkan jamuan hari raya di Kuantan untuk forumnis2 tokgajah.com. Tak sangka ramai yang hadir.. Seorang otai dari hijaukuning.com pun sempat join hasil dari pelawaan aku... Puas hati beb!.. Malam tu lepas game pun lepak lagi ngan diaorang.. Kul 4 pagi aku sampai Temer.. Dah la drive sorang2... cuak gak.. sib baik aku x lalau LPT.. hehehehe

Pasal game malam tu malas la nak ulas panjang2.. Tiada alasan yang boleh diberikan.. Setelah bermain cantik pada 1st half tapi sejurus selepas pemain Perlis di buang padang.. Pahang main cam lahanat la plak.. Perlis yg banyak menyerang.. hehehe dah kalah dah pun.. terima je la ye dak.. Cuma aku sakit hati je tgk mistake si Ghani tu.. Anyways 2 thumbs up pada Simon Colosimo dan Milicic kerana bermain cemerlang.. Fadzli Shaari tu buang je la season depan.. gelepor semacam je main.. hehehe

Ahad baru ni ramai gak geng2 yg ajak open house tapi tak dapat pergi pasal ada kat Temerloh.. anyways thanks to Mr Boroi ngan Chot for the invitation..

Chow.. Back to work...

Marah...

Saturday, November 27, 2004
Pagi semalam aku dalam keadaan yang sangat marah dan kecewa... Marah yang amat sangat sampai dah nak menangis dah masa tu mengawal kemarahan aku.. Lately aku dah cuba kontrol marah.. Alhamdulillah skang ni selalu dah berjaya dah kawal marah aku cuma kadang2 tu terlepas la jugak esp kalau ngan anak buah aku hehehe...

Smlm walaupun marah sgt.. still la aku boleh kawal skit kemarahan aku tu... Cuma terkeluar jugak la satu perkataan... B*T*H ... hehehe tu je sepatah perkataan yg aku cakap smlm... Then nasib baik aku dah jumpa dah ngan orang yg menyebabkan aku marah tu the whole day.. Aku cakap tu pun ikut phone jer...

Ok that's all about MARAH..

Hari ni aku sakit kepala giler... kalau la pasal tak banyak keje kena buat memang la aku mc ari nie.. Smlm balik je keje terus flat tido sampai pagi nie...

OK back to work..

Chow!

Alhamdulillah

Friday, November 26, 2004
Hmmm alhamdulillah.. kiranya agak berjaya presentation aku pagi nie.. walaupun pada waktu awal pagi tadi.. sesuatu telah berlaku yg membuatkan aku rasa cukup marah dan menguji kesabaranku secara maksima.. aku juga terpaksa mengharungi kesusahan dan terpaksa menyusahkan boss aku.. semuanya kerana sikap orang lain yg selalu mengambil mudah semua perkara dan mementingkan diri sendri... Mujurlah mizwan (my housemate) menyelamatkan aku di masa2 kecederaan... (*thanks mate). Sempat jugak aku sampai ke tempat client on time

Akhirnya presentation aku berjalan dengan lancar... hihihi dah lama aku tak present kat orang2 beso nie... dan akhirnya berita gembira di terima.. Dapat award utk implement pilot projek bagi sistem nie.. Syukur alhamdulillah... Insya allah malam ni aku akan release tension skit.. kui.. setelah berhempas pulas all out semalam...

See ya... Cheers!...

p/s: rancangan nak ulas dan bincang pasal buku "Who Move My Cheese" kat sini telah pun ku batalkan sebab gunx dah pun berjaya membaca dan mengulasnya di blog... Syabas mate.. Mlm ni meh la mai kelaput lagi...

Bzzzzz nya dia...

Thursday, November 25, 2004
Hari ni quite bz... sibuk utk preparation utk presentation esok.. Ni pun baru je lepas siapkan presentation slide utk esok.. Hehehe sib baik buat menda yg tau.. Skang boss tgh final check.. So sementara tu update la blog skit... :)

Hari ni mood sedih skit pasal smlm Pahang kalah kat Perlis.. hehehehe so susah skit la nak masuk final nie.. Apa2 pun aku ttp turun game sabtu nie...

Tapi bz nya pasal semua mood aku dah ilang.. hehehe pasal letih kot... Tgh hari tadi pergi jap ofis lama.. Pasal sistem yg aku nak propose esok actually kami partner ngan diaorg.. Hehehe so dapat la jumpa game lama jap tadi..

So back to work.. see ya..

Cheers!

Xtvt wiken...

Tuesday, November 23, 2004
Last wiken pergi berhari raya.. Boleh tahan jugak pegi sampai ke Morib aku jelajah.. Memang hari yang memenatkan. Memula pegi telok panglima garang je kat Klang.. Tetiba zue majid sms ajak beraya.. Ingatkan dia ada kat umah dia rupa-rupanya dia suh datang ke umah bita kat morib nun... Alang2 dah ada kat Klang tu aku pun selamba la gagahkan diri.. Bila lagi nak sampai kan.. Perghhh boleh tahan la jauh dia dari situ nak ke Morib tu..

Itu lah 1st time aku sampai ke Banting dan lajak ke Morib.. So dalam pukul 5 tu sampai la aku ke rumah bita.. Memang lawa area Kg Endah tu.. Patut la selalu dijadikan lokasi pengambaran drama dan filem. Rumah yg aku pergi ni pun dah beberapa kali masuk TV.. Kalau korang tgk cerita Enot tu.. Ha kat sini la lokasi rumahnya..

Memula kat umah Amilia kat Panglima Garang aku dah sental laksa.. Kat umah bita pulak makan nasi ayam.. Hehehe dah alang2 datang dari jauh.. so kena la makan banyak skit kot... Tapi kuih - kuih kerepek kat umah dia mmg best..

Dalam 6.30 aku dah berangkat balik.. Singgah la kejab ke Morib.. Alang2 dah sampai ke sana.. Ada la amik satu dua snap gamba (*nnt kalau ada masa aku upload kat MyOwnMind).. Ok la jugak layan laut2 nie.. layan matahari terbenam..

So balik dari situ terus shoot ke umah Mat Taik.. Sampai dalam kul 8 lebey.. Dia buat Mee Bandung la plak.. Hehehehe makan lagi.. Tapi awal2 tu ramai la plak geng2 dia ada kat umah.. so kasi la can diaorg layan dulu.. aku kat umah nyet dah kira takde masalah dah.. Hehehe siap sblm balik sempat jugak aku melabur kejap.. :)

So walaupun 3 rumah je pergi hari tu.. tapi dia punya penat.. perghh tak ingat punya..

Hari ahad ingatkan nak sambung lagi xtvt beraya nie (since duit raya banyak sangat belen...) tapi call pakcik aku dia takde.. Ingatkan nak ke gombak umah x-AKP /Virtual Studio dulu.. dia pun sonyap je tak balas phone.. Kalau idak bleh layan skali umah sdr sgarul.. (tak saba nak kasi Haris duit raya) so last2 duk tido je la ari tu... perghh mmg best.. Sampaikan time omar call ptg tu aku pun tak tau aku cakap apa... Hehehehe dah penat all out hari sabtu.. so hari ahad tu hari utk ku berehat...

Cheers!

Selamat Hari Raya

Thursday, November 18, 2004
Selamat Hari Raya kepada anda semua...

Bagaimana dengan hari raya anda tahun ini...? Aku macam biasa jer.. Beraya ala kadar jer.. Pegi la ke satu dua buah rumah sedara dan member2 rapat.. Tahun ni org pun x ramai sangat datang raya umah aku.. Abang aku malam raya pertama dah balik umah mertua dia.. So kurang la lagi orang kat umah aku...

Kuih muih pun tak banyak sangat.. Cuma malam raya tu aku tersoping sakan la plak.. Hehehe beli songkok, jeans, slack, tali pinggang & shorts... Kuih lelong pun beli jugak..

Hari ni dah start keje.. Walaupun x ramai tapi kira ok la gak.. Boss aku pun dah mula keje start smlm... Tadi layan hamper saya.. Syok la gak dapat makan makanan2 rapu nie.. So tahun ni merupakan rekod aku bercuti raya paling sikit.. Tapi kira ok la.. Pasal duk temerloh pun takde benda sangat nak buat.. Makan dan tidor jer...

Anyways tadi gunx SMS anak dia masuk hospital Lipis pasal kena sakit kuning... Sama2 la kita doakan yg anak dia segera sembuh dan sihat seperti sediakala..

Back to work...

Hari Raya Tanpa Ibu

Thursday, November 11, 2004
Hari tu aku ada cite nak cerita pasal raya pulak kan, so hari ni aku nak cite pengalaman berhari raya tanpa ibu. Tahun ni kira kali kedua aku beraya tanpa seorang ibu tercinta.

Raya tanpa ibu memang sangat dirasai.. Kemeriahannya kurang.. Ye la tiada lagi ibu yang sibuk memasak rendang, buat kuih dan sebagainya. Tiada siapa yang mengarah untuk tukar langsir kaler tu tukar karpet kaler nie.

Dulu beberapa hari menjelang raya memang seronok. Masing2 sibuk mengemas rumah. Ibu pulak sibuk di dapur menyediakan kuih raya dan memasak juadah untuk hari raya.

Sekarang yang tinggal aku ngan bapak aku jer.. Semua serbi sempoi.. Kuih raya harapkan la kalau kakak aku ngan kakak ipar aku buat.. Selebihnya kuih tunjuk je la.. Persiapan rumah pun ala kadar jer.. Takde la nak sibuk2 tukar langsir ngan karpet.

Last year nya raya petang hari raya tu aku ngan bapak aku tidur je kat umah.. hehehe. Yang lecehnya ialah part kalau orang dtg beraya di rumah.. Hehehe malas siut nak buat air.. So selalunya aku main beli jer satu dua peti air berkarbonat.

Last year ok skit la pasal family abang aku stay kat umah masa raya.. So kakak ipar aku la jadi tukang buat air.. Tahun ni tak tahu la lagi..

Memang terasa la kemeriahannya, dulu dapat salam tangan kedua ibu dan ayah.. Sekarang nie cuma salam tangan ayah aku jer.. Sib baik la family kakak aku dan abang aku join sama masa pagi hari raya tu.. Meriah la skit.. Dan kopak la aku menghulur duit raya kat anak2 buah aku.

That's All cerita raya aku... Hope that this year will be merrier...

To all my friends... Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin


p/s: al fatihah to arwah mak.. miss ur roti jala di pagi syawal...

Update Cuti Raya

Wednesday, November 10, 2004
Hehehe tadi boss aku panggil... Akhirnya dia kasi gak cuti ari rabu tu.. Cehhh aku baru je plan nak keje.. Hehehe... Anyway yahooo lama skit aku beraya tahun nie... Kira ok la tu...

Tahniah gunx

Tuesday, November 09, 2004
Semalam gunx telah menjadi seorang bapa.. Isterinya telah selamat melahirkan seorang putera di KJMC... Tahniah bro... Nama anak dia Ahmad Yassin.. (hehehe cam nama x-boss aku la plak gunx..)

Rasa cam baru je kami bergelak ketawa di Kelaput masa bujang dulu hehehe tup tup dah jadi ayah dah member aku sorang nie.. Anyways rezeki raya dia la tu..

Kepada gunx n his wife.. tahniah skali lagi diucapkan dan selamat hari raya...

Chao!

Cuti Raya

Friday, November 05, 2004
Tahun ni buat pertama kalinya aku tak dapat cuti pada hari raya aidilfitri. Cuma ada cuti yang diberi kerajaan je iaitu pada hari isnin dan selasa. So raya keempat nanti aku dah start kerja. Mulanya aku try mintak sehari. Ye la aku pun sedar diri gak yg aku masih baru je start keje sini.. Immidiate boss aku dah OK dah cuma big boss suruh aku keje gak.. SO aku ngan patuhnya cakap OK no problem...

Hehehehe sian kat aku taun nie.. Tapi pk2 ok gak la keje.. Lagipun aku cuti lama bukan buat apa pun kat kampung.. Hehehe boleh simpan cuti untuk holiday next year..

Selamat Hari Raya kepada semua dan maaf zahir dan batin...

SPM 2004

Wednesday, November 03, 2004
Pagi tadi dengar pagi di era. Topik dia ialah apa yang anda fikirkan 2 minggu menjelang raya. Ada la satu caller tu call dan mengadu yg dia tertekan dan hanya fikirkan pasal exam SPM. Bayangkan khamis nie ada 2 paper add math sebagai pembuka exam SPM dia. Add Math 1 pagi dan Add math 2 petang. Kemudian dia cerita seminggu lepas raya exam SPM pun bersambung balik.

Kesian jugak aku bila dengar pasal bebudak yg nak amik SPM tahun nie.. Mesti raya pun tak berapa seronok je. Ye la nak fikir pasal exam lagi, nak exam lagi. Dah la exam ada masa bulan posa.. Hehehe tgh lapar2 tu nak pikir add math lagi.. Perghh memang tabik la kat student2 yg amik SPM tahun nie.

Kepada mereka, di ucapkan semoga berjaya. Selamat Berhari Raya dan selamat menghadapi peperiskaan SPM.