<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7832147\x26blogName\x3dAn+ordinary+life+of+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bayerm.blogspot.com/\x26vt\x3d-8533331464891771839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Happy Birthday Abah

Monday, December 22, 2008
Selalunya setiap 22 Dec aku akan call ke Temer untuk bercakap dengan Hj Manaf dan wish Happy Birthday kat dia. Tahun ni kesihatan dia tidak mengizinkan aku berbuat demikian... Namun aku dah mintak pertolongan kakak aku sampaikan ucapan hari lahir untuk dia...

Abah, semoga kesihatan abah bertambah baik, kepulangan ke Temer sekarang tak semeriah dulu bila melihat dan mengenangkan keadaan abah sekarang.

Aku rindukan saat2 dahulu bila kita selalu makan bersama di luar. Saat2 bila abah berceloteh dan bercerita tentang keadaan di Temer. Really miss that.

Selamat Ulangtahun ke 72, abah.. ketahuilah bahawa abahlah orang yang paling sporting dan supportive dalam dunia ini bagi saya... Abahlah yang menjadikan saya sebagaimana saya yang ada sekarang ini...

p/s: teringat memori kita sama2 tong-tong RM semata2 nak layan Liga Malaysia kat stadium darulmakmur...

Serba tak kena

Friday, December 19, 2008
Minggu ni banyak benda yang tidak seperti apa yang di rancangkan, especially hari selasa lepas. Kemudian, kesakitan bahu melanda kembali, dah pegi hospital x-ray dan buat procedures, akibatnya, larangan untuk bersukan berat2 selama 8 minggu especially badminton... Uwaa... sedih arr takleh lawan Lin Dan sampai Februari depan...

Walaupun serba tak menjadi minggu ini, di sisi sebelah yg lain, 3/4 impian saya sudah menjadi kenyataan. Enjoy...