<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7832147\x26blogName\x3dAn+ordinary+life+of+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bayerm.blogspot.com/\x26vt\x3d-8533331464891771839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Selamat Hari Raya AidilAdha..

Friday, December 29, 2006
Selamat hari raya kepada kawan2 semua...

Ini taun saya raya dekat kl saja.. cas org kota..

minggu ni penuh dengan kehampasan..

- LRT buat hal lagi (abis duit aku naik teksi)
- internet slow giler..

p/s: suspect sama jiran2 di Carmila.. 1st attempts terus berjaya wat 2 ekor lembu as korban.. siap wat lemang ngan jamuan raya lagi... salute...!

Terima Kasih...

Friday, December 15, 2006
Syabas dan tahniah, next year tol naik lagi.. 60% kenaikan bukanlah satu angka yg kecil.. Gaji je yg tak naik2.. Hehe.. LDP naik 60 sen. Highway karak pun naik 50 den dan RM 1.. Cayolah... Pasni pasti TnG kojap je dah nak kena top up..

Kalu nak g umah man pasnie.. pasni pk 5 kali.. kekekeke

Unwell lagi

Tuesday, December 12, 2006
Ari ni mood tak berapa baik.. nak makan pun takde selera.. rasa cam nak demam sangat2 n sakit tekak ya amatz.. Risau gak pasal membe kat umah laki bini kena suspect denggi... Harap2 carmila bebas la denggi.. huhu

Hari sukan sedunia..

Monday, December 11, 2006
Entry yg awalnya nak ditulis pagi tadi.. tapi dek kerana kesibukan (eh sibuk ke?) ptg baru berjaya menulis..

smlm hari sukan sedunia.. memula layan bowling dan tgk ester chia kalah,, then layan chelsea vs arsenal.. memula layan kat padang kota ngan jiran2 terchenta.. dek disebabkan ujan yg melanda secara tiba2 terpaksa lari ke rumah di pertengahan separuh masa kedua.. uwaa.. unlucky chelsea.. kalau main boliang smlm confirm menang..

pastu kononnya nak tgk final takraw kul 2.15, tapi game wanita antara regu x abis2 lagi.. so dengan tabahnya aku layan game pompuan sambil tgu game takraw.. dokat kul 3.30 game baru start.. Mantap gak mamat mesia tu punya servis.. walaupun nmpk cam dah nak menang di set kedua, tapi malangnya mesia kalah lagi.. tapi kawan salut ngan semangat diaorg main.. mmg dah all out.. si futra tu mmg jarang buang dia punya libasan, cuma mesia kena belajar mempertajamkan lagi 1st ball tekong kuda dari regu thai nie.. apa2 pun game smlm mmg sempoi dan mendebarkan..

hoki pun dah tapau awal, ha rasaen lo, menang 2-1 je ngan HK, skali pakistan ngan jepun draw la.. salut kepada bergu badminton mesia.. mmg cun dia punya placing.. ala2 aku main bad kalau lawan ngan sen n sponge jer..

sukan nya pasal ha amek ko kul 5 baru nak hegeh2 tdo.. pastu rasa cam x tdo jer dah dgr org azan.. huhuhu.. ngantuk banget nie.. uwa..!
ok chow..

p/s: selamat pengantin baru kepada

- Zue Majid & husband
- Min Integ &amp; wife
- Din Kelaput & Org temer..

Bercerita tentang tayar..

Friday, December 08, 2006
Hari ni nak bercerita tentang tayar.Smlm tersembang bab tayar dengan en sumi..

Jom kita ambil tahu apa yg tertera di tayar kereta kita tu..

Biasanya nombor yg tertera di tepi tayar kereta menceritakan segala-galanya samada dari segi section width, aspect ratio, construction, wheel diameter, load index dan speed rating.

Sebagai contoh rating yg diambil dari tayar seperti ini:

205/50/17R 89Y

Ni maksud dia,
lebar tayar kita ialah 205mm
aspect ratio dia ialah 50 series (bih kurang maksud dia dgn ketebalan tayar tapi kalau dgn lebih detail bermaksud ratio height dia ngan width) dan dipasang pada rim 17 inci.


R diatas menunjukkan tayar adalah dari radial construction, nombor 89 menunujukkan maximum load yg boleh ditanggung oleh tayar tersebut (rujuk jadual), dan huruf Y yg last tuh adalah maximum speed limit yg tahan untuk tayar ni (sila rujuk jadual dibawah).

Jadi spt contoh diatas 89 menunjukkan maximum load 580kg dan Y menunujukkan maximum speednya ialah 300km/h.

Jadual Speed Rating
Q - 160 kmh
S - 180 kmh
T - 190 kmh
U - 200 kmh
H - 210 kmh
V - 240 kmh
W - 270 kmh
Y - 300 kmh
Z - 240 kmh above

Jadual Load Index
Load Index-----------Kg
71-80 ----------------450 below
80-85----------------- 450 - 515
85-90 -----------------530 - 600
91- 95 ----------------615 - 690
96 - 100 -------------- 710 - 800
101 - 110 ------------- 825 - 1000

So dah tau pasal tayar ni kan agak2 la sebelum memecut, tapi aku rasa kawan2 aku takde la pecut more than 180 kmh but load penumpang tu kena la amik kira sama...

Tempat nak beli tayar murah kebanyakannya kat kelang org cakap.. tapi aku mmg pernah survey rege tayar klang ngan PJ, dekat RM 50 beza satu tayar, bayangkan kalu 4 biji dah save dlm RM 200. tapi awas, ada org ckp tayr2 kat klang banyak yg stok lama, so periksa kod pengeluar yg ada kat tepi tayar ( jay penah cite banda nie). Ikut piawai antarabangsa, tayar hanya bleh bertahan 2 tahun selepas di dikilangkan. Cth kod 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke 40 tahun 2001.

Lagi satu, tayar yg senyap biasanya kurang bagus time hujan, kalau nak tayar yg x kuat bunyi selalunya bunga dia akan rapat, so kena la sacrifice, nak bunyi ke wet condition.. tapi still bergantung kepada kualiti tayar gak kan.. hehehe

ok la dulu merapu pasal tayar... chow!

Happy Birthday my wife..

Thursday, December 07, 2006
Selamat Hari Lahir kepada Puan Junaidah..

lurve ya.. muehehehe

Tips kenderaan : Bearing Tayar

Wednesday, December 06, 2006
bagaimana nak tahu bearing tayar anda koyak/pecah/sudah rosak??

sekiranya anda mengesan suatu bunyi yg bising /aneh dari mana2 tayar anda (bunyi besi berlaga, bunyi mengaum atau apa2 bunyi aneh). sila berhentikan kenderaan anda dan jack tayar tersebut. kemudian cuba tekan tayar anda itu. kalau dah bergoyang tayar anda tu maknanya, bearing tayar anda dah pecah, sila la berjumpa dengan mekanik anda untuk menukarkannya.. harganya dalam RM 100 -Rm 200 bergantung kepada tokei kedai yg nak mengetuk korang tu.. (bearing set skali ngan kaki dia hanya RM 85 utk proton wira - (rear bearing yg guna disk break system) - upah biasanya workshop yg rasional akan ambil RM 40 - RM 60.. da...

p/s: uwaa.. minggu yg malang bagi aku.. bayar saman (3) + tukar disk break+ tukar bearing tayar + tukar lining break + kasut hush puppies hilang semalam.. :(

mood : sentap!

Cinta

Tuesday, December 05, 2006
Last week on 30 Nov layan cerita Cinta. Satu cerita yg aku rasa teruja nak tgk.. Layan kat GSC One Utama midnite then pastu balik temer..

Cinta - 10 bintang, 5 kisah cinta, 1 cerita...

yang aku suka.. (skerr bak kata lopah semanz..)
- suka cerita nie.. hampir semua pelakon berlakon dengan baik. Suka cerita pasal Cikgu Elyas & Rubiah dan Dyan & Dhani. Dato Rahim Razali, Fatimah Abu Bakar, Nanu, Rashidi have done a very good job.

- walaupun ada 5 cerita, tapi suntingan tak kelam kabut dan smooth criminal jer...

- Amani macam biasa dengan keselambaan dan memek muka ala2 Sepet dan Gubra

- Sinematografi ala2 iklan yg lawa. Ada scene yg tiga train lalu serentak di kawasan abdullah hukum memang kelas... skerrr

- Tiada dialog2 cinta yg over and very der kaku like others malay love story..

- Lakonan alissa/anak kepada harris (Adik Erynn Erynna) - dlm cite nie mmg mantap dan keles..

- Bahasa2 dan madah yg berbekas dan best

- kl dipaparkan dalam semua sisi.. keindahan, keusangan, kesempitan, kegembiraan, keperibadian warganya dan juga ketidakprohatinan warganya.. superb.

yang aku tak suka @ kurang berkenan
- 5 cerita dalam masa 1 jam 45 minit.. kalau buat 4 cerita maybe boleh dikembangkan lagi watak2nya secara details.. Ni ada bbrp watak yg terpaksa dikorbankan cam watak airin.. kurang penceritaan aku rasa berdasarkan faktor masa.. aku rasa lar..

- muzik aku rasa cam kuat sangat la background dia.. tatau la kalau sound system GSC tu yg trouble..

- ada part2 yg over (maybe disengajakan) cam dinner harris&airin and azlan&azura. aku kureng tul benda2 ala over gini hehehe...

- rasanya cite tu kejab sangat.. hehehe buat la 3 jam.. kui!

Overall mmg aku kasi MESTI TONTON utk filem ini.. so apalaga.. bawaklah anak bini korang.. hehehe.. BravoAlternate Studio dan GBSB.