<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7832147\x26blogName\x3dAn+ordinary+life+of+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bayerm.blogspot.com/\x26vt\x3d-8533331464891771839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Kalau dah minat...

Wednesday, April 30, 2008
Kalau dah minat abis ribu riban pun tak jadi hal.. pejam mata je kasi henjut. kalau bukan dalam senarai minat, RM2 pun berkira bak kata Sern tu.. Miahahaha...

Tahniah kepada rakan saya en rizal aka gunx kerana telah berjaya memejamkan sebelah mata layan DSLR... Nnt bleh la ajar gua plak yer... Hehe teringat dulu kutuk2 lu punya samsung kat KJMC kena manual zoom.. hehehe skrang lu punya kamera dah gempak.. salut!..

p/s: En Emran sila jangan bocorkan rahsia saya.. hehehe

Dari Salina Ke Langit Petang

Thursday, April 17, 2008
Satu lagi hasil dari pesta buku tempoh hari.. Siap dapat autograph Pak Samad lagi..

Sekarang tengah layan buku nie... Highly recomended esp pada Sen ngan Gunx yg suka menulis.. Buku ditulis secara santai yg mana Pak Samad menceritakan pengalaman2 beliau menulis bermula dengan Salina hinggalah ke Langit Petang. Di ceritakan juga pengaruh2 dan dorongan untuk dia menulis, apa rintangan dalam penulisan dan macam2 lagi.. Menarik sekiranya anda berminat mengetahui asas2 atau teknik2 yg diguna pakai oleh Pak Samad dalam menghasilkan satu-satu karya.

Nipis je buku nie.. Insya Allah ptg kang otw balik ke KJ abis la kot buku nie.. hehehe

Dalam buku ini secara tekun saya cuba menjejaki kembali tapak-tapak awal saya meredahi ? dan kemudiannya melestarikan ? dunia kehidupan dan seni. Sejak awal seorang ibu menyuapkan nasi ke mulut anaknya dengan iringan kisah Batu Belah Batu Bertangkup membawa kemudiannya kepada anak itu sendiri mencari dan memilih pula bahan-bahan bacaannya, segalanya dirakamkan semesra mungkin dalam Dari Salina ke Langit Petang.

Banyak rahsia asas saya sebagai penulis tertumpah secara bersahaja dalam buku cornel ini. Apa yang memancing saya untuk masuk ke dunia sastera; siapa yang mempengaruhi ghairah seni saya; buku-buku apa yang mematangkan saya secara bertingkat; apa yang dapat saya timba daripada samudera seni dalam dan luar negara ? semua ini terhimpun secara santun dalam buku yang sangat sederhana ini.

- A Samad Said

Wings & Awie

Monday, April 14, 2008

Wings adalah salah satu kumpulan rock malaysia yg menduduki carta pujaan aku selain Search dan Spider. Semalam beli VCD showcase Wing kat Planet Hollywood last year. Setelah abis tengok showcase tu, dapat lah disimpulkan Awie sudah 70% tak mampu lagi nyanyi lagu2 Wings seperti dahulu kala.. Mungkin dia tak berapa sihat masa konsert tu, tapi setalah aku dengar album jamming Teori Domino ngan konsert HotFM big jam ternyata sama je sore dia.. Kadang2 kelakar pun ada, sedih pun ada sakit hati pun ada.. Hehehe..

Ok cite skit pasal showcase nie (* which is aku termiss sedar2 azam call aku tanya x pegi ke planet?). Pada aku pilihan lagu kali nie mmg marbeles, kebanyakan sume fast number dan ada lagu2 yg jarang diaorg bawak spt Potret Monalisa (faveret aku nie) dan Kota Kemusnahan. Arrangement muzik pun layan tapi ignore je la suara2 awie tu.. Watari kelas then diaorg buat versi baru untuk lagu Dalam Kehadiran Sofiah yg aku rasa semata2 utk matchkan dengan keupayaan sore awie sekarang nie..

Last and not least VCD Disc 2 dia cam lahanat, Video out ngan sound cam shilake, maka aku pun pulangkan la kat Tesco sambil berharap versi DVD nnt ok la.. So aku berjaya tengok showcase ni secara percuma.... p/s: saya baik tau, saya tak copy pun ke dalam PC saya which is saya rasa macam mencuri plak kalau buat camtu.. hehehehe

try la dengar Teori Domino Revisited Jamming Session di sini http://www.imeem.com/tag/?q=album%3ATeori+Domino+Revisited+Jamming+Session+07.1&f=music

Additional Note : Smlm pergi birthday party anak Omar Sofiah.. Siak je makin gums la itu Omar hahahaha....

Hampeh...

Jumaat lepas aku layan PC Fair ngan isman and at last mrasa membeli lCd monitor (*ada org tiru tu) ngan printer(*thanks sede for the tips). Hazab sangat la asyik layan monitor 14" zaman dahulu kala kat rumah tu.

Hari sabtu tu layan PC Fair skali lagi teman member aku cari barang. Aku pun terus la angkat LCD skrin protector konon2 nak jaga aku punya monitor baru tu..

Malam hari kejadian, aku pun semangat nak pasang itu protector, setelah berhempas pulas, akhir nya berjaya jugak aku habiskan, dari stat AF stat sampai la dah abis tak siap2 lagi.. apa la punya lem... Dah siap, hasilnya..?

Hampeh, separuh je ok lagi separuh tu hazab gile ngan bijik2 sana sini.. Tgk monitor tu bikin gua panas hati, confirm aku kalu bab2 ketelitian ni mmg fail.. pasal la selalu aku outsource je keje2 camnie.. Skrang ni tgh tenung2 monitor aku, adakah harus ku cabut saja protector yg menyakitkan hati ni or just buat2 feel cam takde apa2 sambil ignore je bintik2 tu.. Shilake... Kalu cabut dan buang melayang RM 35 aku... Babi....

10 perkara mencabar untuk dilakukan di Lembah Klang

Thursday, April 10, 2008
1. Mendapatkan teksi yang sanggup menggunakan meter dari BB ke KLCC.. "RM15 boleh brader?". "RM 8 sudah.." shilaker... Dari KLCC ke BB senang bangat la pulok... Lahanat...

2. Makan di food court KLCC jam 1 tgh hari hari bekerja. Kalau kena time cuti sekolah lagila arekk.

3. Naik LRT dari mana2 lokasi waktu pergi dan balik kerja.. 7.30 - 9.00 pagi dan 5.00 - 7.30 ptg.

4. Memandu di Jalan Tun Razak waktu prime time pergi dan balik keje... Kadang2 weekend pun sama.

5. Beratur membeli tikat wayang di TGV KLCC dan GSC Midvalley pada hari cuti sekolah selepas jam 12 tengahari.

6. Cari parking kat dalam building di One Utama di hujung minggu selepas jam 12 tengahari.

7. Beratur masuk untuk Hush Puppies dan Sony Warehouse Sale setiap tahun.

8. Menunggu talian telefon TM di pasang di rumah sekiaranya anda berada di sekitar Kota Damansara

9. Mencari parking yang berhampiran di Uptown Kota Damansara, Uptown Danau Kota dan Downtown Cheras pada malam hujung minggu.

10. Parking kereta secara percuma di siang hari di Lembah Klang kecuali di TESCO (tu pun kena beli barang dah la nie) & Carrefour.

Takziah Uda

Monday, April 07, 2008
Takziah buat rodong kawan di kampung Uda Hafiz atas pemergian bapa tersayang beliau semalam. Ayahnya lemas semasa memukat di Kuantan semalam. 2 minggu lepas abangnya Hanif (juga sahabat saya) meninggal dunia akibat sesak nafas. Bukan senang untuk mengawal emosi apabila 2 orang tersayang meninggalkan kita dalam tempoh masa sesingkat itu. Namun ajal dan maut adalah ketentuan Illahi.

Semalam rush balik tgh hari untuk memberikan penghormatan terakhir pada arwah. Bila dah duduk dalam satu kawasan bersama lebih 20 tahun maka keakraban tu dah lain. Jiran2 dah kami anggap sebagai famili sendiri.. Takziah buat Uda sekeluarga. Maaf semalam tak sempat tunggu untuk kenduri arwah kerna harus bergegas pulang ke KL.

Berita kemalangan ayahnya ada tersiar di Metro