<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7832147\x26blogName\x3dAn+ordinary+life+of+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bayerm.blogspot.com/\x26vt\x3d-8533331464891771839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Bikin Panas...

Tuesday, September 26, 2006
Ari ni kuar rumah 6.50 kononnya nak sampai ofis jam 8 pagi.. Maklum la nak balik awal sempena ramadhan nie.. Pasal nak kena hantar june g PD dulu (p/s: dia masuk keje kul 11) Last2 sampai ke LRT Kerinci kul 8..

Orang kat LRT standard la cam sardin.. Lepas terlepas satu train berjaya gak naik and sampai ke KLCC... Pastu aku pun nak top up TNG card aku.. Sampai je kat kaunter si minah tu duk terhegeh pasang kertas kat printer.. Aku dah la nak cepat.. Tapi kira lek la dulu maybe dia mmg lem skit bab2 teknikal nie.. Bila dah ok dia tanya berapa nak top up? Aku menjawab dua puluh dengan menunjukkan tanda peace di jari.. Pastu tanya lagi soalan yg sama dan aku pun menjawab dengan kaedah yg sama dan menghulurkan duit RM 50..

Sekali dengan tenangnya dia pegi punch RM 50. Perghh hangin aku satu badan mengenangkan yg aku dah dua kali ulang perkataan dua puluh dengan beserta isyarat tangan tu.. Aku pun sound balik. "Saya nak top up dua puluh. Kan dah cakap tadi. Dua kali lagi saya ulang." Pastu dia minta maaf dan cakap dah terbuat RM 50. Aku pun cakap la tu je duit yg saya ada.. Dan berkeras suh dia rollback balik kasi pulang itu RM 30.. (bleh beli roti john ngan murtabak ni beb). Dah la aku kena tunggu situ dlm 5 minit, last2 dia cakap sory la bang tak boleh la..

Rasa cam nak keluar bola2 api je dari badan aku mendenagrnya.. Aku pun dah nak cepat masuk ofis, pastu malas la aku nak bertekak dan membuang masa lagi. So aku amik je la TNG card aku tu. Tapi sebelum aku blah sempat gak aku meninggalkan pesan..

"Awak ni betul2 menyusahkan orang je di pagi2 hari nie.. Lain kali jangan asyik nak berangan jer.."

Merah dan bengang je muka minah tu aku tengok.. Hehehe baru tau benggang dia. Benggang aku dia tak tau lagi..

Lalu berlalu la aku dengan duit yg tak berapa nak ada dah di saku ku ini.. Panas je rasanya.. Nasib baik bulan ramadhan, kalau idak mau berbakul2 seranah aku keluar tadi.. muehehehehehe..

moral : jangan cepat amrah - AZNIL.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak..

Thursday, September 21, 2006
An ordinary life of... ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan kepada semua.. Insya Allah, ahad ni kita akan berpuasa.. (ahad ni jugak .. *tut* :D ) Semoga ramadhan kali ni kita dapat bersama2 memanfaatkan sebaiknya...

Selamat Berpuasa. Semoga kalian berbahagia bersaman keluarga tercinta...

p/s: tahun ni rumah sapa lak nak organize Pot Luck???

Holiday..

Perghh hampir sebulan aku tak kerja... dah lenguh dah duk lepak rumah jer.. Start sebelum merdeka dulu then baru hari ni aku start keje balik.. Alhamdulillah projek ni sampai end of december.. Cuma ada gap dalam sehari dua jer... Takde la macam baru ni dekat sebulan aku takde keje..

Time tak kerja aku jadi makin rapat ngan geng2 kat umah.. Kadang2 lunch pun bleh lepak ngan diaorg.. Pantang ada yg mengulau mesti call aku nya.. maklum la dah jadi suri rumah sepenuh masa..

Dah lama rehat ni tepu dah otak.. Ni nak kena pulun balik nie.. Wish me luck ya.. Hehehe...

Adios...