<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7832147\x26blogName\x3dAn+ordinary+life+of+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bayerm.blogspot.com/\x26vt\x3d-8533331464891771839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Grrrrrrrrrrrrrrr

Thursday, May 22, 2008
Siak la Chelsea kalah lagi semalam... By the time Lampard punya bola kena palang, aku sudah menduga akan ketiadaan tuah buat pasukan Chelsea.. tahniah MU tapi saya sungguh sker skali kerna Ronaldo tak masuk sepak penalti....

p/s: siak arr Anelka, hampeh punya botak....

Pukul Ampat Pagi...

Tuesday, May 20, 2008
Cerita empat pagi...

Cerita 1

dah 2-3 penduduk komplen satu rumah ni asik bawak balik laki balik umah, jam 6.30 ptg nmpk suspek pulang membawa bf terchenta... setelah di pastikan kesahihan kemasukan lelaki tersbt, slps solat isyak jemaah surau kasi ketuk rumah dgn tujuan mahu memberi kaunseling dan menyuruh lelaki tersebut pulang dan jgn buat lagi perangai sebegitu di lain hari.. Couple ni tak mau bekerjasama, tak mau bukak pintu, polis di panggil, mrk masih berdegil tak mau bukak pintu, JAIS (telah di hubungi sejak ptg utk tahu prosedur yg perlu dilakukan, arahkan supaya nasihat dulu dan berjanji akan dtg sekiranya mrk enggan bekerjasama) telah di hubungi dan berjanji akan sampai jam 10 mlm... Pintu rumah di lock dan air di tutup (* perghh kejam2) dgn harapan mrk akan keluar sambil 2 nota dimasukkan di pintu suruh mereka keluar dan tiada tindakan akan di ambil... Respon: mereka berdiam diri... Hingga jam 12 JAIS tak sampai2 lagi manakala polis sibuk menguruskan kes gegaran di bbrp pangsapuri/kondo sekitar KD. Roomate budak perempuan tu balik dan kami berjaya berhubung dengan pasangan lelaki dalam rumah itu. Dia cakap dia dtg nak masak2 kat situ.. hehehe alasan yg kelakar...

Tak lama selepas itu polis sampai buat kali kedua dan dengan bantuan roomate, berjaya menyuruh mrk bukak pintu. Budak pompuan tu muka selamba, Laki tu pucat abis, alasannya dia takut buka pintu takut kena pukul. Tak lama lepas tu JAIS sampai dan pasangan di bawa ke balai polis KD.. tamat kisah kes 1..

Cerita 2

OTW pergi ke balai sorang budak pompuan sampai dan lepak kat bawah tgu jantan dia balik... Kitaorg gi balai sambil sebahagian yg lain lepak kat bawah sambil borak2 n layan karom. Lepas setel kat balai n time kitaorg tgh lepak minum2, member aku call ckp budak pompuan tu dah naik rumah. Awek ni pun dah dilihat bbrp kali dtg sini bermalam. Kitaorg balik carmila sambil bercadang nak ketuk n suruh awek tu balik.. (* penat siut nak pegi balai buat repot etc sambil cuba mahu mencegah dan memberi nasihat dan amaran dulu plus masing2 dah penat..). Kejadian spt kes 1 berulang, mereka enggan buka pintu dan purak2 tido walhal dengar jelas bunyi tv dan tapak kaki ke sana-sini.. Polis terpaks di panggil sekali lagi sambil bercadang tak mahu libatkan JAIS kali nie.. Polis sampai, selepas dalam 5 minit ketuk pintu barula mamat ni bukak pintu dgn aksi baru bangun tido.. Dia menafikan kewujudan wanita dalam rumah tu sambil mengatakan yg dia baru bangun tido. Kemudian dengan tenang suruh kitaorg masuk periksa.. Dengan langkah ala2 rambo, aku ngan 3 org geng carmila terus masuk ke dalam untuk memeriksa sambil dlm hati aku terfikirkan kalau la betul takde awek dalam ni masak kitaorg kena mintak maap kat mamat ni.. dalam bilik tido dia ternampak satu kotak besar yg diatasnya diletakkan TV 14 inchi, dengan tenang member aku angkat tv dan sorang member aku angkat itu kotak.. Perghh baik punya minah tu buat aksi ala2 gimrama dalam kotak tu.. Perghh apa lagi, Ustz said yg marah pasal mamat ni cuba memperbodohkan kitaorg terus call JAIS dan POLIS bawak diaorg ke balai. Sudahnya malam tadi 2 kali ke balai sampai jam 4 pagi...

Kesian kat anggota JAIS yg 4 org semalam yg kena ke Shah Alam, Puchong, KD, Seri Kembangan dan KD semula. Bayangkan pukul 6 ptg call jam 12.30 baru smp.. memang menguji kesabaran menunggu. Sebab tu la kot org malas nak call pihak jab agama nie, nak tgu diaorg sampai mau dah balik dah pun pasangan tu kalau tak di pantau.. Semalam utk kes 2, aku tatau pukul brp JAIS sampai balik ke balai KD, pastu kena angkut balik diaorg ke Shah Alam sebelum diaorg boleh di jamin keluar... Agaknya pagi tadi kot baru mamat tu dapat balik umah. Kesian kepada anggota JAIS, tak tido malam satu hal, kena marah satu hal pasal lambat sampai... Patutnyadi tambah anggota dan di kecikkan skit skop kawasan diaorg... tak terkejar diaorg buat keje hari2 hehehe... anyway salut kepada anggota JAIS dan POLIS smlm yg memberikan kerjasama yg superb (wpun berjanggut tgu JAIS sampai coz POLIS takde kuasa nak pecah masuk rumah suspek..).