<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7832147\x26blogName\x3dAn+ordinary+life+of+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bayerm.blogspot.com/\x26vt\x3d-8533331464891771839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Quote of the day

Thursday, March 31, 2005
"Too many people spend money they haven't earned, to buy things they don't
want, to impress people they don't like"


Will Rogers


Hmm memang kena ngan batang idung wa sendri... Sad but true.. In my case aku lebih kepada 1st argument tu.. Pasal suka spend over barang2 yg agak costly dan kadang2 aku zerass kan ajer.. hehe..

2nd argument tu kadang2 happens la... Go to shopping complex to search for something else but end up with something else that is not really important to buy at that time.. hehehe

But the last argument tu aku rasa tak apply kat aku sangat.. Pasal aku beli something not to impress ppl.. Kalau aku layan benda2 mewah pun just to fulfill myself.. Cthnya kalau beli speaker cable or sound system.. Sapa yg tau kan.. Letak pun kat dalam bilik kat umah.. Bukan kat ruang tamu pun hehe.. And only certain ppl in AV world yg actually know the thing (price) and can appreciate benda tu.. So in my case (i think la) I've not spend money to impress ppl...

But i think we should look at these nice words and think... Try to figure out whether we are doing the same things... Maybe we should think twice next time before we use our cool credit cards in the future...

Chow!..

Gegar! Marilah bergoyang...

Wednesday, March 30, 2005
Semalam 1st alami peristiwa goyang nie.. Hehe.. dlm kul 12 lebih masa tgh baring2 dpn tv.. den ada la raso cam goyang jer.. So memula ingat la kepala pening and dah ngantuk (pasal smlm wa demam ma..) so lek je aku bangun and masuk bilik nak tido..

Skali minik aku tanya perasan tak yg rumah ni goyang.. Eh ye ke aku kata.. Ooo patut la aku rasa cam pening je tadi aku cakap.. Skali sms cikli masuk yg mengatakan kelaput pun ada gegar.. hmm ada gempa bumi lagi la kot kat Indon nie aku kata kat org umah aku..

Aku jenguk2 skit kat tingkap perati alam sekeliling.. area umah aku lek je so aku pun masuk tido.. Hehehe.. pagi ni tgk paper and dengar berita mmg kecoh gak area2 yg terlibat nie.. Ada yg siap semua penghuni turun dan stay kat bawah sampai 3 jam (menurut Kiran di radio ERA)..

Sib baik la takde jadi apa2.. Org2 kat area aku lek je tido smlm dan tak turun.. Mungkin tak berapa sangat gegaran terasa pasal umah aku just 6 tingkat jer.. Kalau yg jenis condo or apartment tinggi2 tu maybe kuat kot rasa goyang nya...

Hmm dah selalu sangat bencana alam sejak akhir2 nie... Kita je yg masih terleka dan lalai...


p/s: marilah bergoyang...!

Kualiti Udara: ieee teruknya

Friday, March 25, 2005
Pagi tadi dgr berita yang Shah Alam antara kawasan yg masih lagi belum pulih kualiti udaranya. Hmm memang nmpk jelas masa aku on the way ke ofis pagi tadi.. Kelam je rasa.. Tu pun nasib baik ptg semalam hujan.. At least bersih la skit jerebu2 tu..

So maknanya ari nie kena la kurangkan berjalan ke luar.. hehe tapi wohlee ajak g tgk rumah plak... Hmm belasah je la.. Jgn smp cam dulu time orang siap pakai topeng pasal jerebu teruk sangat di KL..

Hope that tmrw all the jerebu2 thing nie dah clear... Rimas lak rasanya.. :)

Memupuk kembali tabiat membacaku...

Thursday, March 24, 2005
Tetiba semalam semangat lak nak membeli buku (slps membeli caoxial cable).. Time balik selamba singgah sat Popular IKANO and beli 3 buah buku.. (rabak RM 120).. Buku2 yg sebenarnya dah lama aku nak beli cuma tunggu masa yg sesuai jer..

So pagi ni dah cuba start satu tabiat baru... Membaca sblm masuk ofis . Aku kalau takde singgah tido memana.. Dalam 7.30 dah leh sampai ofis.. Masuk lak kul 9 kan so macam ada 1 jam 30 minit yg boleh di manfaatkan..

So pagi tadi aku cuba la park kete kat satu tempat nie dan membaca sambil mendengar radio.. (masuk ofis awal2 pun boring gak.. panas pasal. air cond start pasang 8.20).. Hmm sempatlah jugak abiskan 2 chapter tadi..

So cam dah berazam start dari esok.. At least 30 minit aku nak membaca buku dulu pagi2 sblm start keje.. Hehehe tak kira la kat pejabat ke or dalam kete ke or kat kedai sambil breakfast.. Target sebenarnya nak abiskan 1st book nie ari nie.. Cam boleh jer pasal buku nie best.. Hehehe

So wish me luck....

p/s: gunx.. pasnie bertambah balik la koleksi buku2 aku.. Hehehe baru je mengcompletekan koleksi buku Azizi Ali + last week dapat 1 buku Azizi Ali free.. (Millionaire from Diff Planet.. walhal aku dah ada versi melayunya..)

Umat Islam makan sosej bercampur babi wajib samak

Wednesday, March 23, 2005
di petik dari akhbar utusan malaysia hari ini...

apa pendapat anda? bagaimana menentukan yang kita pernah termakan benda2 nie..? Sejauhmanakah anda yakin dengan sosej2 yg pernah anda makan sebelum ini?


KUALA LUMPUR 21 Mac - Beberapa tokoh ulama berpendapat umat Islam yang memakan sosej bercampur babi wajib menyamak anggota badan dan mulut serta peralatan yang digunakan untuk memasak sosej tersebut.

Mereka berkata, umat Islam juga perlu bertaubat dan memohon ampun kepada Allah di atas kelalaian itu kerana makanan tersebut telah menjadi darah daging mereka.

Pendakwah bebas, Mad Daud Che Ngah berkata, walaupun mereka tidak mengetahui makanan itu bercampur benda haram ketika memakannya, namun mereka tetap perlu menyamak kerana makanan tersebut terbukti haram.

``Cara menyamak pula ialah dengan membasuh anggota badan dan peralatan tersebut menggunakan tujuh kali air mutlak dan satu daripadanya bercampur dengan tanah.

``Lebih afdal sekiranya basuhan itu dimulakan dengan air mutlak yang bercampur tanah terlebih dahulu diikuti enam kali basuhan air mutlak,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keperluan umat Islam di negara ini menyamak anggota badan dan peralatan yang tersentuh dengan makanan yang bercampur benda haram serta situasi mereka yang telah memakannya tanpa menyedari ia bercampur benda haram.

Isu makanan haram itu hangat diperkatakan setelah dua buah kilang memproses sosej di Selayang diserbu kerana dipercayai menggunakan usus babi sebagai sarung sosej mereka dalam masa yang sama menggunakan logo halal.

Menurut Mad Daud, keperluan menyamak itu juga termasuk bahagian bibir yang tersentuh makanan haram tersebut dan anggota badan lain selagi ia boleh dilalui oleh air basuhan samak berkenaan.

Sebagai pengajaran katanya, umat Islam perlu lebih berhati-hati ketika memilih makanan dan tidak boleh bergantung kepada tanda halal semata-mata apatah lagi makanan tersebut daripada mereka yang bukan Islam.

``Dalam hadis ada mengatakan yang bermaksud `Setiap darah daging yang tumbuh daripada punca haram maka api neraka sahaja yang layak membakar semula darah daging tersebut.''

``Jadi, ini jelas menunjukkan Islam begitu memandang berat terhadap punca halal dan haram makanan,'' ujarnya.

Sementara itu, bekas Imam Besar Masjid Putrajaya, Tan Sri Abd. Kadir Talib berkata, umat Islam wajib bersamak dengan tujuh basuhan air dan salah satunya bercampur dengan tanah bertujuan menyucikan diri.

Air yang bercampur tanah itu pula katanya, berperanan membunuh kuman berbahaya termasuk yang dibawa oleh babi kerana tanah merupakan pembunuh kuman yang paling berkesan.

Tambahnya, samak itu juga perlu meliputi anggota badan secara lahiriah termasuk muka dan bibir yang terkena benda haram selagi ia boleh dilalui air.

``Bahagian dalam badan termasuk mulut dan lidah, tidak perlu disamak kerana Islam tidak membebankan dan menyukarkan umatnya. ``Bagi mereka yang termakan benda haram dan baru menyedarinya, mereka perlu bertaubat dan memohon ampun,'' katanya.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Noh Gadot turut sependapat dan meminta umat Islam yang termakan makanan yang bercampur dengan benda haram menyamak anggota badan dan peralatan yang digunakan.

``Caranya ialah menggunakan tujuh air mutlak yang suci lagi menyucikan dan salah satunya bercampur dengan tanah pada anggota badan,'' katanya.

Man's best friend?

Semalam kita di kejutkan dengan berita Mohd. Hazman Khan Seh Zahidi, 9, tahun yang menerima 180 jahitan akibat digigit tiga ekor anjing garang semasa berjalan untuk solat Jumaat di Puchong, minggu lalu.

Bukan jenis anjing biasa tapi Jerman Shepherd dan Rottweiler tu... Besar bagak anjing2 nie.. dulu masa aku kecik2 pun mmg gerun ngan anjing Shepard milik seorang Dr 'Koling' kat area umah aku.. Paras2 pinggang tu anjing2 nie..

Aku rasa patut ada garis panduan tertentu utk binatang2 peliharaan camnie utk mengelakkan perkara yang sama berulang.. Jika berlaku, tuan punya binatang nie haruslah dikenakan tindakan undang2 yang tegas dan ketat.. Ye la siap membahayakan nyawa org lain tu demi utk menyelamatkan rumah2 diaorag nie.. (biasanya anjing2 nie dipelihara bagi tujuan menjaga rumah..)

Budak Hazman ni siap kena 180 jahitan tu.. Tak ke haru.. Senang2 je nak datang dan mintak maaf.. Hati parents mana yg tak berkecamuk dan benggang..? Hatta walaupun wang ringgit pampasan atau apa2 pun masih tidak dapat dibandingkan dengan kecederaan dan trauma yg di alami oleh budak nie..

Yang lebih menyedihkan tu, anjing2 ni sebelum nie memang dah ada rekod mencederakan orang2 kat kawasan tu sblm nie tapi tuan punya anjing nie masih lagi lalai dalam mengawal dan menjaga anjing shepard yg bustednya itu...

So lepas ni kalau korang nmpk je anjing2 bosar yg lain macam tu.. Kasi tembak je la.. Kui!..

p/s: teringat kenangan membunuh anjing liar masa kocik2 dulu kat Temer.. Terus kawasan aku kena black list dgn anjing2 liar lepas tu... (diaorg cam leh tau kawasan tu dulu geng dia pernah kena bunuh...)

Mana2 pun dah tak selamat?

Monday, March 21, 2005
Ahad baru nie terbaca di paper Siti Shamiza Abu Zarim mati ditembak seorang perompak pada jarak dekat di bahagian dada kanan di pekarangan letak kereta Pasar Raya Besar Giant Batu Caves, Gombak.

Kejadian berlaku di tengah hari plak tu di parking lot Giant tu.. Perghh memang dah brutal perompak2 Malaysia sekarang nie.. Memang nekad.. Cuba merompak di tempat yang terbuka dan waktu siang plak tu..

Takziah kepada keluarga allahyarhamah.. Tak dapat di bayangkan betapa terkejut dan sedihnya mereka.. Perkara ni yg membuat kadang2 aku terpikir.. Sekarang nie kat Malaysia macam2 boleh berlaku.. Aktiviti jenayah semakin berleluasa.. Dah macam makin beranie di buat secara terang-terangan..

So sekarang nie no such thing as selamat lagi.. Kat mana2 boleh ada kebarangkalian utk berlaku apa2 perkara.. Sebelum nie Wan Norhanita Wan Yaakob, 36, isteri Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd. Nassuruddin Daud mati ditikam oleh remaja Thailand Khamis lalu. Semalam Anak Sultan Pahang pun dirompak di rumahnya.

So marilah kita sama2 berdoa supaya negara kita ini aman dari segala xtvt2 jenayah nie... Tak sampai hati dah nak membaca berita2 sebegini...

Chow!

Nyilu

Friday, March 18, 2005
From the album "Selamat Tinggal Dunia"

Malam nyilu mengasyikkan
Rongak gigi sendiri
Aku kini dibelenggu

Malu bertanya takut malu
Menconteng arang
Cakerawala
Kini aku muflis

Hidup mati nyilu
Bangun tidur nyilu
Cuba bernafas
Ralat itu normal
Maafkanlah hamba
Hamba pun hamba wang pada zahirnya


Warghhhh bosannya....

Tanya Linda

Thursday, March 17, 2005
Malam tadi layan Tanya Linda di ASTRO RIA. Best semalam pasal cite pasal topik filem.. Antara filem berkualiti dan filem komersil. Panelnya ialah Fauziah Nawi, Zainal Alam Kadir, Harith Iskandar dan Prof Razak.

Best semalam tgk Fauziah Nawi tak berpuas hati ngan Prof Razak.. Hehe.. teruk jugak mamat nie kena hentam smlm.. Bagi aku plak sedih gak aku mendengar pandangan dan ulasan oleh seorang yang bergelar professor yang mengajar subjek perfileman nie.. Apa yang cuba dia tegakkan ialah kemestian filem melayu untuk terus di hasilkan dan ditayangkan di pawagan dan juga sambutan yang diterima untuk memastikan industri perfileman negara kita tidak terus berkubur.. Memang la aku bersetuju ngan subjek nie tapi adakah harus kita ketepikan terus kualiti filem2 yang akan kita terbitkan ini?

Apa gunanya kuantiti jika kualitinya zero.. Dan lagi satu pasal resepi atau formula mengambil pelakon2 ternama atau yg mempunyai nilai2 komersil.. Bagi aku mmg la tak salah tapi jangan la keterlaluan.. Asyik2 yusry dan erra.. Hehehe pilih pelakon dulu baru create watak.. Hentam saja walaupun watak yg dimainkan tak sesuai langsung dengan pelakon.

Slot 30 minit semalam rasa sekejap jer.. Semua nak bercakap.. Kesian Linda kena kawal suasana.. Tapi kelakar la pemahaman PRof Razak.. Katanya.. filem yang mencapai kutipan tinggi maknya filem yang di tonton oleh ramai orang so ini bermakna filem itu berkualiti.. Hehehe.. Lagi satu dia pertahankan filem "I know what you did last raya" ditujukan kepada kanak2 katanya.. So adalah tak adil bagi pengkritik filem untuk menghentam filem ini.. Hehehe aku gelak je dengar..

Hmm banyak lagi la.. Kalau sapa2 yang tengok tu tau la camne keadaannya semalam.. Hehe siap aku layan sms ngan suhaimi sambil tgk forum nie..

Hmmm harap2 prof Razak dapat lah apa yang dia kehendaki... :)

Chow!

Halal atau Haram: Amat menyedihkan

Wednesday, March 16, 2005
Kecoh berita pasal penemuan kilang sosej yang menggunakan usus khinzir dalam pemprosesannya. Yang lebih menyedihkan produk ini menggunakan tanda logo halal JAKIM.. Means ramai antara kita (muslim) yg membeli dan memakannya..

Menurut TV3, kilang ini membekalkan produk ini ke pasaraya2 utama lembah klang dan juga hotel2 terkemuka.. Silap2 kita pernah memakannya.. Sib baik la aku jenis kurang skit layan sosej. Cuma bebaru ni je layan kat 1901 ngan rosli dan zakri.. (smlm 1901 claims sosej yg mrk gunakan bebas dari unsur2 haram)..

Setelah direnung2.. memang menyedihkan. Kita yang menggelarkan negara kita negara islam masih lagi gagal mengawal dan menguatkuasakan satu langkah yg kemas dan tersusun dalam menangani masalah HALAL ini. Wajarkah JAKIM dipersalahkan.. bagi aku tidak jugak.. Bukan salah mereka, mereka cuma mengeluarkan logo HALAL apabila menerima permohonan.

Masalah sekarang ialah pemalsuan logo halal ataupun penggunaan logo halal yang telah tamat tempoh dengan JAKIM. Yang menjadi mangsa ialah pengguna2 islam di negara kita.. Walhal pemakanan ini amatlah mempengaruhi pembangunan fizikal dan rohani kita.

Sampai bila kita harus di tipu? Inilah akibatnya jika ekonomi kita di kuasai oleh mereka2 yang tidak beragama islam. Kalau dia tipu pun sapa tau kan? Sejauh mana sangat la JAKIM boleh buat pemeriksaan dan pemantauan. So apa cara terbaik kita?

Bagi aku senang jer.. Kita org2 islam haruslah menguasai ekonomi terutama dalam penerbitan dan pemprosesan makanan nie.. Tidak di nafikan dah banyak produk yg org kita dah berjaya keluarkan tapi cubalah pulak terokai bahagian2 yang masih kurang dan luaskan pemasaran kita at least di peringkat nasional. Dan bagi kita org muslim, senang jer.. Cubalah perlahan2 beralih dengan membeli produk2 keluaran mrk2 yg seagama dengan kita. Kalau rasa ada was2 jangan beli.. Insya allah kita sama2 menjaga kesucian makanan yang kita makan ini..

Malaysia BOLEH...

Buat pihak2 berkuasa, harap dapat seragamkan perlaksanaan dan penguatkuasaan berkenaan HALAL atau HARAM ini, wajibkan la semua produk atau restoran spy melalui tapisan HALAL ini.. Kasihanilah rakyat yg berada di dalam kekaburan dan kesamaran nie..

Chow!..

Sarawak

Saturday, March 12, 2005
Petang karang compeni aku g sarawak... Masing2 cam malas nak keje je aku nengok pagi nie.. Aku sib baik la smlm sblm balik dah settlekan sume keje2 tertunggak aku.. so rileks la skit..

Nak g Sarawak ni pun kecoh gak sebnarnya.. Banyak isu yg timbul.. Tapi aku as org baru DD jer.. Dapat pegi ni pun kira dah okay ler.. Hehehe Siap leh bawak minik lagi laks tu.. kui!..

Ishh awal taun ni berjalan je kerja aku.. Januari lepas Sabah.. Ni g Sarawak plaks.. :) Thanks MRCB Tech.. Thanks En Zakri...

Sarawak.. here we go..

Kegigihan Melampau..

Thursday, March 10, 2005
Hmm entahla.. last 2 weeks nie mmg aku gigih yg amat siapkan keje2 yg tertunggak.. Takde masa sangat nak berblog dan membuat rutin2 harian yg lain.. Tension mmg la tension.. Siang wat keje kat ofis.. Malam pulak sambung lagi kat umah.. Hehe dah lama dah aku tak gigih camnie..

Pasal keje nie aku tak la tension sangat.. Cuma yg aku kurang berpuas hati ialah walaupun aku dah all out wat keje.. still kena pressure (marah) ngan bos kat ofis.. Mmg la moral down kalau camnie.. Tak reti dah aku nak jawab apa.. Cam kalau kat x-company aku dulu boss slalu paham pasal selalunya diapun stay back ngan kitaorg walaupun dia x buat apa2 sangat.. cuma kasi moral support dan belanja itu dan ini (nak bodek pekerja la tu..) so maybe dia bleh paham lagi walaupun kadang2 dia dah over the dete line tapi nak wat camne kan.. kita dah berusaha sehabis baik sampai tak tido2 malam kan.. so dia pun bole give n take.. yg nie main marah je tau dia.. hehehe (cesss)

Baru2 nie perkara camnie la berlaku kat aku... walaupun aku dah pulun bermalam2 dan wat keje kat umah during weekend tapi aku still kena marah cow2 nya hari isnin tu pasal still dah dapat siapkan task.. Sapa tak benggang kan? Kadang2 rasa cam tak di appreciate je keje2 aku siang malam tu.. :) tapi pk2 balik.. aku anggap ni sebagai cabaran jer dan wat dek.. Sampai ari tu one of my colleague meluahkan perasaan kat aku.. Katanya skang dia dah malas nak stay back n wat keje kat rumah.. REASONNYA : dia keje teruk2 pun still kena marah.. tak siap pun kena marah jugak kan.. so katanya baik dia lek2 je keje... END UP dia.. Kena marah jugak.. hehehe.. Bagi aku.. NO KOMEN..

Aku cuba nak buat yang terbaik.. Pasal aku fikir nie pun ada menyumbang dan mengasah balik skil2 programming yg dah lama aku tingalkan dulu.. Lagipun makin lama mmg makin besar dah tanggungjawab kita kan.. So pasal la lately ni bz skit.. masuk keje dah la awal (hari ini dlm sejarah kalu kat VS dulu..) balik pun lambat... kadang2 rasa cam dah tak larat dah badan...

OK la.. cukup la aku merapu... Actually pagi tadi aku nak cite pasal CHELSEA menang Champs League smlm.. tadi pasal bz sangat takde masa den nak menulis.. nak tulis skrg rasa cam dah basi...

ANYWAYS.. congrats Chelsea...

p/s; suka tgh kesungguhan dan kegigihan player2 Chelsea dalam memburu gol kemenangan mrk.. :)

Chow.. Nak balik umah dah.. Ponat den!...

Sepet...

Thursday, March 03, 2005
Hmm lately ni bz sungguh kat ofis. Kerja siap bawak balik kat umah.. tu pun tak siap2 lagi.. (Lem nya aku..) Skang pun dah kena bangun pagi, so mmg tido aku amat terhad skang nie.. Selalunya pagi2 aku curik tido kejap dalam kete bila dah smp area Shah Alam.. Cari port baik dan zzzzzzzzzzz layan tido...



Ok aku ari ni nak cite pasal filem Sepet (as i promised before). Last saturday gi layan Sepet kat OU... Ramai jugak org tgk.. Bangsa2 lain spt cina dan india pun ada... Penangan yasmin la nie.. Plus promosi & komen filem dia agak baik dari press (bagi aku la..)

So far bagi aku filem ni mmg mempunyai kelainan.. Satu trademark dari Yasmin ialah mengenai hubungan kemesraan suami isteri dan persamaan antara bangsa yang berbeza.. Terdapat juga bbrp babak yg begitu berani (bagi aku) kali ini dalam Sepet.

Beberapa isu sosial dan budaya2 murni juga ada di filem ini.. Bagaimana layanan majikan terhadap orang gaji?, sistem biasiswa yg diamalkan sekarang & pandangan @ tanggapan negatif sesuatu kaum terhadap kaum yg lain juga dipaparkan secara indirect dlm filem ini..

Highly recomended kepada mrk2 yg bosan dgn cerita melayu ala2 Yusof Haslam & Prof Razaks.. Cuma ada bbrp je yg aku nak komen..

1) Prestasi lakonan pelakon extra (boifren Oked & her friend)

2) Dlm sesetengah adengan, terdapat dialog yg macam dipaksa utk menerangkan sesuatu ataupun merungkaikan tema 'Sepet' @ luahan hati Yasmin sendiri...

Apart from that.. Superb.. Lakonan Amani dan hero filem ini (Ng Choo Seong) mmg bagus.. Watak Keong (Linus Chung) tu pun di bawakan dgn baik.. Sapa kata kita hanya ada Erra Fazira ataupun Rosyam Nor..? :) As usual.. Ida Nerina, Harith, Adibah Noor mmg dah tak perlu nak describe lagi..

Opening credit dia mmg kreatif dan menarik.. teruja aku.. Soundtrack pun mmg klasik aku rasa.. Tahniah yasmin and her team.. Keep it up..!

p/s: lawak yg aku paling suka.. "Yam suka dengar lagu Siam" dari Harith Iskandar.

layari www.sepet.com.my

"You don't have to understand people to love them"

"Tahniah kepada Saudara Sgarul kerana mendapat anak dara pertama dan anak keduanya... :) "

A very tight weekend

Tuesday, March 01, 2005
wiken baru nie mmg teramat bz.. memulanya nak plan balik Pahang.. at last takleh nak balik pasal nak siapkan keje.. kejenya kena siap ari nie.. tapi walaupun aku dah all out.. masih ada belen2 lagi.. cish... takpe la.. lek jap.. pas lunch nie sambung balik...

so hari sabtu ngan ahad baru ni mmg tak kemana... ari ahad just kuar g beli paper je pagi tu.. yg lain menghadap laptop aku menyiakan data convertion yg banggang nie... Tension betul aku.. Dlm tension2 tu sempat la jugak aku menengok Sepet midnight sabtu ari tu.. Kira utk lepas tension la tu.. :)

Yg paling tension semalam la... Boleh kata time berak pun pikiran aku masih lagi pasal keje aku.. cari idea camne nak buat dgn cara yg paling cepat dan simple.. Mlm tadi tido kul 4 pagi... (sblm tu terpaksa jugak curi masa tgk final league cup, bukan apa nak ngadap laptop pun ati tak senang bih2 lagi lepas dpt sms daris alman smlm..) p/s: kalau ko x antar sms smlm ado yg den x nengok bola tu pasal nak siapkan keje.. tapi bila dengar The Blues dah kena terus bukak tv.. :)

Bayangkan la smlm tdo kul 4 then kul 6 dah bangun (ehem2 masuk keje kul 7 la...)... Ni kira tgh cam ngantuk bangat nie.. tadi sblm breakfast siap sompat lelap.. Ye la dah lepas anta ke KL.. masa banyak lagi tu nak tgu kul 9.. sblm2 ni slalu layan lolap kat kelaput.. tapi lately ni dah pandai lolap dlm kereta...

So back to work.. Maybe sehari dua ni mmg bz bangat.. Nnt kalau ada masa aku cite pasal 'SEPET' ekk...