<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7832147\x26blogName\x3dAn+ordinary+life+of+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bayerm.blogspot.com/\x26vt\x3d-8533331464891771839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Kemajuan Teknologi Acuan Malaysia

Wednesday, July 09, 2008
Semalam pegi buat passport kat Pusat Bandar Damansara. Sekarang ni nak renew passport dah ada kiosk katanya. Memudahkan. Letak passport lama, masuk ic then masukkan gambar + potostat ic and bayar. Tunggu 2 jam dan collect passport anda. Wah betapa mudahnya.

Skali semalam masa aku nak guna kiosk, Passport and MyKad does not match katanya. Rupanya dalam cip myKad aku ada space lepas bin tu. Apa punya tur la myKad.. Sudahnya takleh nak guna kiosk nie. Sistem ni pun lem, apsal la nak verify guna nama. Kan ke dah ada no ic tu, verify yg tu udahlah..

Sudahnya aku kena

- amik borang (RM1) dan isi
- beratur nak amik nombor giliran
- dah dapat no, sila la tunggu no naik..
- dah submit borang, duduk semula dan tunggu plak no naik untuk buat bayaran..
- buat bayaran dan tunggu 2 jam untuk passport siap.
- kalau pakai kiosk 1 keping gambar je, tapi pakai manual kena 2 keping.. Apa punya turr...

Terima kasih jabatan imigresen & jabatan pendaftaran, proses yg sepatutnya hanya memakan masa 5 minit memakan masa hampir 3 jam...

Lepas 2 jam tu

- sila la beratur amik nombor giliran lagi.
- tunggu no naik untuk collect passport anda dan jangan terkejut kerna nama je nombor giliran tapi haram tak ikut sequence pun time nombor naik.

p/s: awek2 ulat kat bawah tu cun2 la plak.. baik punya marketing strategi...

Kegilaan Baru

Tuesday, July 08, 2008
Ni semua hasil dari racunan anak2 sedara aku time balik temer. Skrang aku tgh layan Slurpee kat 7 Eleven. Yum2.. tiap2 kali balik kat kj musti layan satu hehe... Dulu minum tak teruja sangat skrang nie ntah la.. rasa cam best plak.. Time balik temer kalu, tiap kali gi umah akak aku mmg harus bawak anak dia g 7E. Ini kegilaan baru Fauzi.

Member aku sorang tu pun dah ada kegilaan baru, baru je angkat LCD 32', siap sms aku lagi membakar hehe.. Aku gelakkan aje pembakaran dia tu, next target katanya nak angkat home teater plak.. Tahniah2.. nnt bleh aku dtg layan tv baru ko tu ekk...

Kat Malaysia skrang pun dah ada kegilaan baru, amat sensitif dengan buntot. So pabila Alak tayang skit buntot aka boxer dia, ramai yg kecos2 marah dan belasah dia n kumpulannya. Hehehe, stakat buntot Alak tu aku dah jenuh tengok dah pasal tiap kali dia perform lagu tu musti dia buat lagak ngeri tu. Bak kata Joe Kidd "Auto Pilot" mode. So gua no comment.. Haha!