Prestasi atlit Malaysia
Olimpik hampir melabuhkan tirai... Prestasi atlit Malaysia amatlah tidak membanggakan terutamanya dalam permainan badminton. Hmm bila la Malaysia boleh dapat pingat emas... Sedangkan negara2 jiran kita sudah dulu mengecapi kejayaan itu. Nak kata kemudahan.. Malaysia mempunyai kemudahan bertaraf dunia.. Jurulatih pulak semuanya diimport dari luar negara.. Mungkin kekuatan mental masih kurang lagi kot...
Malaysia terlalu berharap dan bergantung pada sukan badminton untuk menghadiahkan pingat dalam Olimpik. Di masa-masa akan datang Malaysia perlulah cuba memberikan tumpuan dalam sukan yang lain pula.
Di Athens selain badminton, tae-kwan-do dan lumba basikal juga diberikan harapan. Namum kecundang jua.. Harapan tae-kwan-do untuk meraih gangsa masih ada menerusi Elaine Teo. Tapi pujian harus diberi kepada Josiah Ng kerana menduduki tangga ke 5. Dia telah menunjukkan semangat yang baik dan memberikan saingan yang sengit walaupun menghadapi masalah dengan dua orang jurulatih asingnya itu.. Dia layak ke Athen atas tiket merit dan bukannya wild card.. Poor him.
Kalau korang tengok kebanyakan atlit Malaysia yang cemerlang (kecuali badminton), semuanya mendapat latihan di luar negara. Samada mereka menetap , belajar di sana ataupun merantau ke sana untuk menimba ilmu dalam sukan. Lihat sahaja Josiah Ng, perenang kita dan pemain skuash. Kebanyakannya mendapat latihan di luar.. Sebab itu bolasepak kita kurang menyerlah pasal player kita tak mahu bersusah payah berlatih di luar. Tengok saja prestasi Akmal Rizal selepas balik dari Perancis.. Dan dulu Lim Teong Kim yang berlatih German.. Semuanya menunjukkan peningkatan mendadak..
Kenapa perkara itu tidak boleh dihasilkan di sini dengan kemudahan bertaraf dunia yang ada? Persatuan2 sukan perlu lah membuat post mortem dan yang paling penting kurangkan politik dalam persatuan sukan..
Sama-samalah kita berharap agar prestasi atlit kita meningkat dan dapat memberikan cabaran yang bertaraf dunia.. Negara2 asia yang lain sudah bangkit. Ayuh Malaysia.. Terapkan semangat MALAYSIA BOLEH...