<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7832147\x26blogName\x3dAn+ordinary+life+of+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bayerm.blogspot.com/\x26vt\x3d-8533331464891771839', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

Demokrasi dan keputusan...

Tuesday, May 22, 2007
Kadang2 apa yang kita mahukan tidak mendapat sokongan majoriti, Dalam demokrasi kita kena akur dengan kuasa majoriti. Lebih2 lagi bila kita yang masih mentah/junior dah tidak ada kuasa dalam membuat keputusan. Apa yang kita boleh berikan ialah pandangan dan cadangan2 sahaja..

Kadang2 memang sukar hendak mengikis tanggapan2 atau pegangan2 yang dah sebati dengan dengan diri kita. Tapi yang aku tak suka ialah sikap kita yang mudah melabel kepada sesuatu yang kita belum2 benar mengetahuinya... Janganlah mudah menjatuhkan hukum atau memberikan tohmahan jika kita belum benar2 faham akan perkara tersebut.

Kita juga mudah memikirkan ke arah negatif tanpa melihat kepada kesan positif secara keseluruhan ataupun tersirat. Kita juga selalu mengamalkan sikap 'Play safe' dalam membuat keputusan.

Walau bagaimanapun, berdasarkan alasan2 logika yang lain, keputusan tersebut dapat di terima, namun bagi aku sikap melabel itu yang tidak aku persetujui.. Pandangan aku, apa la salahnya kita duduk berbincang dan mengambil keputusan yang memberikan manfaat kepada semua pihak. Tidak di nafikan, pihak yang satu lagi juga melakukan kesilapan. Mungkin kadangkala, kita terlalu mengambil mudah ataupun kita selalunya mengamalkan ASSUME.. Kita mudah membuat anggapan tanpa menggunakan saluran dan kaedah yang betul.

Bak kata ex boss aku dulu, Zakri, ASSUME ialah ASS U and ME, hasilnya belakulah salah faham dan tuduh menuduh diantara dua pihak yang terlibat.. Bila kita tidak mendapat apa yang kita hajati, kita mudah menuding jari dan menyalahkan orang lain tanpa kita fikir kembali atau merenungi di manakah kesilapan yang kita lakukan sehingga membawa kepada penolakan ini...

Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq kepada kamu membawa berita, periksalah ia terlebih dahulu. Agar nanti jangan kamu menghukum sesuatu kaum dalam keadaan jahil (terhadap apa yang benar), lantas kamu kemudiannya menyesal atas apa yang telah kamu lakukan” (Surah Al-Hujurat 49 : 6)

Firman-Nya lagi: “Dan janganlah kamu berpendirian di dalam sesuatu perkara yang kamu tidak ada pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu akan dipersoalkan (di akhirat).” (Surah Al-Isra' 18 : 36)

Hilang..?

Monday, May 21, 2007
Kat kampung aku kecoh ayah aku bising2 dia hilang duit.. Jenis hilang sikit2.. Mula2 aku kurang nak percaya and suspect somebody yg cilok.. Tapi dah lama2 terpikir gak dua kali.. Ayah aku dah start jot down perbelanjaan dia to make sure yg dia x silap.. Dan peristiwa hilang duit tu masih lagi berlaku..

Siap dia cakap satu hari tu duit dia ilang masa dia tgh mandi jer dan time tu takde sapa ada kat umah.. Hilang cam biasa la.. Kalu ada RM 30 akan hilang RM 10.. Bagus gak benda yg amik tu.. Tinggalkan skit utk tujuan2 kecemasan.. :p

Dengar kata dekat2 area situ ada jugak kes yang hampir sama berlaku.. Teringat lak aku cerita toyol zaman 80an dulu.. Susah nak percaya tapi entah lah.. Zaman sekarang ni macam2 bleh jadi.. So sekarang ini hidup bapak aku di selubungi misteri...

Errr ada ke toyol nie???

Aku dan Muzik

Thursday, May 17, 2007
Aku rasa kononnya aku ni minat muzik, walaupun aku tak pandai main alat muzik. Yg pernah aku balun main recorder time sekolah rendah ngan main rebana masa kat U. Hmmm pasal aku minat muzik la kononnya aku masuk Ko-K Muzik Tradisi.. :D (* ye ke)

Aku boleh layan semua genre muzik.. Dari Metal sampai la ke Dangdut.. Hei jangan main2 lagu dangdut pun kadang2 layan jugak.. Yaaooo asiknya menikmati malam...

Time aku sekolah menengah aku start belajar dan layan audiophiles.. Thanks to Azhan and his cool brothers yg mengenalkan aku apa erti Hi-Fi dan Muzik... Abang2 An ni banyak ada CD2 yang rare yang takde jual kat Malaysia.. Masa tu Tower Records tak bukak lagi kat Mesia (* skrang lepas kena take over, Tower dah makin boring...), so selalu nak dapat benda2 ni diaorg layan kat Singapore.. So zaman tu kalau mana2 band aku suka aku suh je An ni dubbingkan album tu ke kaset.. Zaman tu CD tak banyak lagi..

Abis je SPM, aku berjaya beli Amp ngan Speaker sendiri.. Hadiah result SPM la kononnya.. Lepas tu mula la kumpul duit sikit2 beli Cassete Deck, Tuner, LD Player and CD Player.. Mula2 layan pakai Discman je dulu sambung kat Amp.. Pastu slow2 aku kumpul duit beli satu per satu.. 1st duit loan aku bantai beli LD/VCD player ngan Video.. hehehe tak gitu Azam...?

Then zaman bujang thanks to Tajul pasal dapat beli barang dengan harga diskaun.. hehehe.. Merasa la beli AV Receiver, DVD Player etc...

Masalah aku sekarang, benda ni susah nak rasa puas.. Dah lama dengar rasa cam dah tak best jer.. Gatal je rasa nak upgrade sistem hehehe.. Ni la perasaan yang aku rasa pada sistem dalam kete aku nie.. Rasa cam nak angkat Monoblock Amp je and switch rear speaker kat 4 channel amp aku.. Hehehe..

Aku jugak suka kumpul CD.. Hehehe kalau kumpul2 CD2 aku kat KL dan Temer, mau pening pala nak menyimpannya. Tu tak masuk CD2 or kaset yg selamat di cilok masa oleh member2 lagi.. (* jenis simpan pastu buat rete..)

Nasib la abah ngan june dah paham benar ngan minat aku.. Hehehe so kadang2 kalau aku rasa nak layan gigs or konsert, selalu jugak dapat green light.

Sekarang salah sorang yg jadi supplier mp3 saya adalah encik S.. Terima kasih S, malam nanti jangan lupa bawak laptop dan koleksi lagu2 terkini...

Cheers!.

Kenangan

Wednesday, May 16, 2007
Pangggg... berpinar kepala aku kena lempang pagi tu...
Sekolah bukak hari khamis.. ptg jumaat tu aku dah balik Temer hehehe..
Pelik lak membe2 kat kg tanya apsal cepat beno baliknya...
Padahal, aku kena panggil En Manaf mengadap pengetua sekolah.. hehehe...

Tamparan GPK HEM tu menyedarkan ku dari lamunan dan stado (*pinj ayat man) bersungguh2 sampai la ke SPM.. Alhamdulillah aku mendapat keputusan yg membanggakan TI dan aku juga.. At least utk tahun 1994 namaku terpahat di sejarah SMT Kuantan...

Terima kasih kepada cikgu2 yg pernah mendidik aku selama ini.. Kepada yg telah pergi semoga rohnya di cucuri rahmat dan keredaan NYA

Cikgu Ismail Sobri - tq coz mengenalkan alam CHESS dalam hidupku
Cikgu Christine - mendorong minat muzikku.. *lawa cikgu nie hehehe
Cikgu Fauziah - pelempangmu tidak mungkin ku lupai.. terus menjadikan aku cerdik MATEMATIK...
Cikgu Muin - meneruskan kesinambungan alam CATUR dalam hidupku..
Cikgu PS - tq coz memahami aku yg buta seni ini.. *x pernah anta lukisan utk PS
Cikgu Alwi - thanks pasal mengkantoikan AKU.. kalau idak mau asyik FLY je aku..
Cikgu Amin - tq kejutkan SUBUH pagi2 and jadi sparing parner masa main bola
Cikgu Zahariah - guru kelas tersayang.. tq coz always believe in me walaupun masa aku menipu malas nak masuk lab.. hahahaha
Cikgu Manaf - wak lu la.. suka2 je nak belasah orang...!!! Grrrr
Cikgu Phua - EA rules but u owe me KFC bcoz of my SPDM
Cikgu Edwiah - Mentor tersayang..
Cikgu Shamsul - cikgu baik hati..
Cikgu Johari - skill bercakap ngan pokok lu mmg gua kagumi hehehe
Cikgu-cikgu KMKN - thanks pasal sudi melayan karenah esp masa kat dalam bilik guru
Pensyarah2 UUM - tq for all ur guidance and ilmu2 berguna

ps: ada nama guru2 yg aku dah lupa tetapi aku tdiak akan lupa nasihat dan pengajaran yang aku dapat dalam menjadikan aku insan seperti sekarang..

dan juga kepada cikgu2 tak rasmi aku iaitu kawan2 aku yang sentiasa mengajarku tentang erti kehidupan...

Terima kasih cikgu-cikgu semua...

SELAMAT HARI GURU...

Pakcik LRT

Tuesday, May 15, 2007
Arini g keje naik LRT, nak sampai je kat KLCC, terdengar sorang pakcik ni sound satu kapel Melayu.. aku x perasan sangat bunyi butir dia tapi kapel itu buat muka seposen.. terus je menonong keluar... aku pandang pakcik tu, masih lagi dengan leteran dan teguran dia.. Antara yang aku dengar "tak hormat roang tua" , "bukan muhrim" dan bla bla bla.. Muehehehe syabas la aku ucapkan pakcik tu, aku rasa dia sound kapel melayu tu beraksi manja kot..

Salute coz dia berjaya menegah kemungkaran menggunakan perkataan..

Moral: Naik LRT jangan beromen...

p/s: muka mamat laki tu hampagas je tapi aweknya ayu bertudung... iee menci! :)