<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d7832147\x26blogName\x3dAn+ordinary+life+of+...\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dSILVER\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttps://bayerm.blogspot.com/\x26vt\x3d-1394076539844951485', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Umat Islam makan sosej bercampur babi wajib samak

di petik dari akhbar utusan malaysia hari ini...

apa pendapat anda? bagaimana menentukan yang kita pernah termakan benda2 nie..? Sejauhmanakah anda yakin dengan sosej2 yg pernah anda makan sebelum ini?


KUALA LUMPUR 21 Mac - Beberapa tokoh ulama berpendapat umat Islam yang memakan sosej bercampur babi wajib menyamak anggota badan dan mulut serta peralatan yang digunakan untuk memasak sosej tersebut.

Mereka berkata, umat Islam juga perlu bertaubat dan memohon ampun kepada Allah di atas kelalaian itu kerana makanan tersebut telah menjadi darah daging mereka.

Pendakwah bebas, Mad Daud Che Ngah berkata, walaupun mereka tidak mengetahui makanan itu bercampur benda haram ketika memakannya, namun mereka tetap perlu menyamak kerana makanan tersebut terbukti haram.

``Cara menyamak pula ialah dengan membasuh anggota badan dan peralatan tersebut menggunakan tujuh kali air mutlak dan satu daripadanya bercampur dengan tanah.

``Lebih afdal sekiranya basuhan itu dimulakan dengan air mutlak yang bercampur tanah terlebih dahulu diikuti enam kali basuhan air mutlak,'' katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keperluan umat Islam di negara ini menyamak anggota badan dan peralatan yang tersentuh dengan makanan yang bercampur benda haram serta situasi mereka yang telah memakannya tanpa menyedari ia bercampur benda haram.

Isu makanan haram itu hangat diperkatakan setelah dua buah kilang memproses sosej di Selayang diserbu kerana dipercayai menggunakan usus babi sebagai sarung sosej mereka dalam masa yang sama menggunakan logo halal.

Menurut Mad Daud, keperluan menyamak itu juga termasuk bahagian bibir yang tersentuh makanan haram tersebut dan anggota badan lain selagi ia boleh dilalui oleh air basuhan samak berkenaan.

Sebagai pengajaran katanya, umat Islam perlu lebih berhati-hati ketika memilih makanan dan tidak boleh bergantung kepada tanda halal semata-mata apatah lagi makanan tersebut daripada mereka yang bukan Islam.

``Dalam hadis ada mengatakan yang bermaksud `Setiap darah daging yang tumbuh daripada punca haram maka api neraka sahaja yang layak membakar semula darah daging tersebut.''

``Jadi, ini jelas menunjukkan Islam begitu memandang berat terhadap punca halal dan haram makanan,'' ujarnya.

Sementara itu, bekas Imam Besar Masjid Putrajaya, Tan Sri Abd. Kadir Talib berkata, umat Islam wajib bersamak dengan tujuh basuhan air dan salah satunya bercampur dengan tanah bertujuan menyucikan diri.

Air yang bercampur tanah itu pula katanya, berperanan membunuh kuman berbahaya termasuk yang dibawa oleh babi kerana tanah merupakan pembunuh kuman yang paling berkesan.

Tambahnya, samak itu juga perlu meliputi anggota badan secara lahiriah termasuk muka dan bibir yang terkena benda haram selagi ia boleh dilalui air.

``Bahagian dalam badan termasuk mulut dan lidah, tidak perlu disamak kerana Islam tidak membebankan dan menyukarkan umatnya. ``Bagi mereka yang termakan benda haram dan baru menyedarinya, mereka perlu bertaubat dan memohon ampun,'' katanya.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Noh Gadot turut sependapat dan meminta umat Islam yang termakan makanan yang bercampur dengan benda haram menyamak anggota badan dan peralatan yang digunakan.

``Caranya ialah menggunakan tujuh air mutlak yang suci lagi menyucikan dan salah satunya bercampur dengan tanah pada anggota badan,'' katanya.
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

Blogger EnCikLi said on 11:42 AM

adus...kat semua tempat dia post natang ni...kasi url dah la john...    



Blogger bayam said on 12:06 PM

blog gua.. suka ati la john... buka wa post kat blog lu... mehehehe    



» Post a Comment