Kisah Satu Malam : Banjir di kampung saya.
Malam semalam sedang enak menikmati detik2 kemenangan Rafa Nadal, telefon bimbitku berbunyi, kedengaran suara sang sahabat meminta jasa baik untuk datang menyelemat keretanya yg sudah di tenggelami air.
Kemudian ku menelefon 2 lagi panglima di Carmila untuk menemaniku, dengan kuasa V-Power, CBB menerjah hujan ke dataran merdeka. Kereta ku parkir di tepi jalan persis gangster kampung dusun. Di dataran, air mengalir bak air terjun, kami terpaksa meredah air banjir untuk ke lokasi kejadian. Civic Metalik Biru terkujur kaku kabasahan, menurut rakanku, air berada di paras dashboard. Kelihatan juga sebuah kelisa yang di tenggelami air paras bumbung. Air deras mengalir namun hujan telahpun berhenti. Menurut rakan, jarak masa hanya 20 minit dari masa dia parkir kereta dan menunggu persembahan di panggung DBKL. Pengumuman di buat berkenaan air naik, dan apabila dia ke tempat letak kereta, kereta sudahpun menjadi akuarium..
Plan A di cipta, tow trak di panggil sambil aku dan rakan2 memindahkan barang2 dari kereta rakanku ke CBB. Selesai plan A, kami menikmati makan malam di D'Tebing. Sup tulang di pesan agar dapat memanaskan diri setelah mengharungi air2 banjir dan hujan. Aku ke belakang sebentar untuk membuang air2 yg masuk ke tubuhku melalui air banjir. Prakkk satu bunyi kuat kedengaran, kemudian terdengar suara orang memanggil meminta tolong.
Dengan semangat lamina aku terus ke tempat kejadian, kelihatan sebuah pokok maha gedabap telah menyembah bumi. Terdengar suara beberapa pemuda meminta bantuan kerna di fahamkan terdapat 5 manusia berada di bawah timbunan pepohon yang tumbang itu. Pepohon di angkat beramai2, seorang mangsa di keluarkan, seorang gadis india terlantar lesu.. Tak lama kemudian DBKL sampai dengan peralatannya, aku pun beredar untuk makan, kekecohan ditinggalkan, makanan di santapi.
Lepas makan, kembali ke kereta rakan menunggu kereta tunda sampai. Pelbagai alasan di beri atas ketidaksampaian kereta ini. Puas menunggu hinggakan Datuk Bandar dan Menteri yang melawat sudahpun datang dan pergi. Hampir pukul 1 barulah kereta tunda sampai, Setelah semua selesai, sampai di rumah jam 2 pagi. Inilah kisah satu malam, macam-macam perkara berlaku di depan mata. Kini aku mengantukz sekali...

civic metallic biru jadi akuarium. pehhhh. syahduuu
Suhaimi said on 5:49 PM
gua baru dpt mesej lu tadik.. sbb wa baru on henpon.. kalau bateri wa tak kong semalam.. mmg wa nak rescue lu bro...
» Post a Comment