Dah terhantuk baru nak...
Hari ni baca paper.. Timbul la isu supaya negara kita haruslah mempunyai sistem amaran yang lebih awal dalam menangani masalah ombak besar nie.. Dalam utusan siap ada komen dari pembaca bahawa sekiranya kita mempunyai sistem tersebut, maka kehilangan nyawa manusia mungkin boleh dielakkan ataupun di kurangkan...
Hmmm macam biasa la di Malaysia nie.. semua benda dilaksanakan setelah berlakunya bencana.. Undang2 di gubal setelah berlakunya jenayah.. Cthnya SMART di tubuhkan setelah tragedi Highland Tower.. Macam2 lagi lah.. Kenapa ya kita tidak mampu berfikir untuk melaksanakan strategi untuk mencegah ataupun mengurangkan risiko sebelum sesuatu perkara berlaku.. Alangkah baiknya jika kita mampu bertindak bagitu.. Bak kata pepatah inggeris "Prevention is better than cure". Tapi cakap memang mudah kan.. Cuma kadang2 rasa terkilan jugak pasal budaya kita memang begitu.. Dah terjadi sesuatu perkara barulah sibuk2 kecoh pasal nak melaksanakan sesuatu plan atau tindakan.. Kadang2 idea2 yang mengarut pun boleh keluar..
Walaupun begitu, kita harus menerima hakikat bahawa sesuatu yang berlaku memang ada hikmahnya.. sekurang-kurangnya memberikan kita pengajaran dan panduan yang berguna..
Tapi kadang2 tu aku amat berharap agar suatu hari kita boleh memikirkan plan2 atau perlaksanaan untuk masa hadapan yang mana tak perlu kita tunggu sesuatu perkara telah berlaku baru lah kita berfikir mencari penyelesaiannya.. Hmmm harap2 lah yer.. Tapi bak kata "Search" dalam lagunya... "Cakap memang murah..."